Tuesday, November 11, 2014

Puru Oh Puru

Assalamualaika ya Aiyuhal Insan.....

Setiap penternak kambing, pasti mengidamkan ternakannya berada didalam keadaan sehat, cergas dan memuaskan. Namun semuanya itu adalah mimpi indah yang hanya boleh digambarkan diatas kertas semata mata. Hakikat sebagai seorang penternak, pasti akan ada mehnah dan tribulasi yang bakal menjelma tidak kira walau sebesar mana sekalipun. Inilah yang akan menjadikan penternak itu semakin matang dalam usaha untuk menjadi pembiak sejati. Perghh...letih memikirkan ayat intro.

Sebenonya Aku nak cerita pasal kambing aku TURBO kena puru. Aku yang baru, mentah Dan berhingus nih sibuk talipon, whatapps sana sini tanya cara nak ubatkan penyakit ni. Panik pun ada, gelabah pun ada. Ish penjantan primer tu. Pening juga aku dibuatnya bila key player aku kena penyakit ni.

Puru ataupun dalam inggerisnya contagious ecthyma adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus. Biasanya sering menyerang anak anak kambing. Penyakit ni boleh berjangkit antara kambing dan juga boleh berjangkit kepada manusia. Perlu berhati hati jika perlu mengutil penyakit ini. Seeloknya gunakan sarung tangan sebagai langkah berjaga jaga.

 Setelah aku bertanya beberapa orang rakan penternak, antara cadangan yang aku terima untuk merawat penyakit puru ni ialah
 1) kutil puru dan sapukan dengan ubat luka
 2) sapukan iodin
 3) sapukan getah betik
 4) sapukan lebihan minyak goreng ikan + bawang putih
 5) sapukan lebihan minyak goreng ikan + kunyit hidup.

So Aku ada cuba cara 4 dan 5. Cara nombor 5 menunjukkan kesan yang memberangsangkan. Setelah seminggu, puru yang tumbuh di bahagian kelopak mata TURBO sudah luruh. Mungkin kesan kunyit telah menyebabkan puru tersebut mengecut dan akhirnya luruh. Kalau kita perhatikan semasa menggoreng ikan, jika kita menggunakan serbuk kunyit, ikan goreng kita akan lebih kesin jika dibandingkan dengan ikan yang digoreng tanpa kunyit. Jadi, aku ingat, aku akan menggunakan cara rawatan ini bagi masa masa akan datang kerana kos yang murah Dan bahan yang digunakan mudah dicari. Cuma Aku kena fikirkan cara yang lebih mudah untuk menyapu campuran minyak dan kunyit tersebut.





Kedudukan puru dibahagian kelopak mata TURBO menyebabkan aku takut untuk mengutil puru tersebut. Maka terhasillah minyak kunyit hidup. Allamdulillah, berkat tunjuk ajar daripada rakan penternak dan otai otai sekalian ujian kali ini berjaya dilalui dengan jayanya. Jadi kuncinya disini, kena rajin bertanya. Memang melalui internet dan bahan rujukan kita boleh mengubati penyakit ini, tapi dengan bertanya kita dapat tahu pengalaman rakan rakan pembiak yang lain, dan keputusan yang lebih baik boleh dicapai kerana mereka sendiri pernah menghadapi situasi sebegini.

Sebagai penternak dan pembiak yang baru dalam bidang ini, aku perlu lebih banyak bertanya dan perlu lebih banyak melawat kandang kandang kambing pembiak yang lain supaya lebih banyak ilmu boleh dikongsi bersama seterusnya dapat memajukan lagi industri pembiakan kambing ini walaupun perlu menghadapi pelbagai ujian dan dugaan.

Semoga semua rakan penternak dan pembiak tidak jemu jemu untuk meneruskan usaha membiakkan kambing dengan cara sunnah Anbiya..

Wallahu A'lam....

    

6 comments:

  1. Alhamdulillah..sembuh jgak akhirnya si Turbo..den mmg jrg alami mslah puru di bhgian lain kcuali mulut.tu yg slalu kutil jer..hehe..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info berguna (Adil)

    ReplyDelete
  3. huuuuu, info baru.Terima kasih3.Kita pakat kongsi segala pengalaman ini.

    ReplyDelete
  4. Saya guna minyak goreng ikan...setakat ni minyak goreng ikan bilis paling berkesan..taktau la ada kaitan tak..minyak goreng ikan kembung,cencaru,kerisi,selar mcm kurang keberkesanan berbanding minyak goreng ikan bilis.

    ReplyDelete
  5. bagus info ni, sya mmg ska guna ubat tradisional...mudah dan murah dan x payah bergantung ubat impot

    ReplyDelete