Wednesday, March 18, 2015

MODEL KANDANG AKU

Assalamualaikum wahai insan.

Aku nak memperkenalkan model kandang aku kepada anda semua. Sesiapa yang berminat dengan model aku ini boleh hubungi aku untuk sain kontrak. Melawak jer.

Model kandang bersama anak anak kambing yang kelaparan
Penting bagi kita untuk membiasakan anak anak dengan aktiviti yang kita jalankan supaya mereka juga merasakan yang mereka terlibat dalam menjayakan aktiviti kita itu. So aku biasakan anak buah aku ni bermain main dengan anak kambing supaya dia tidak kekok. Inilah generasi yang boleh menjayakan lagi bidang ternakan kambing pada masa akan datang Insha Allah.

Anak anak kambing leka meragut rumput.
Inilah generasi kedua kambing aku yang aku harapkan untuk menjana pendapatan bagi aku. Aku tengah fikirkan cara yang terbaik agar aku boleh besarkan anak anak ini dengan cepat supaya boleh mendapat pulangan hasil dalam masa yang singkat. 

Sekian.

HERE COME NEW HERO

Assalamualaikum warga penternak !

Pada tanggal 8hb Mac 2015, kandang aku telah menerima seekor hero baru. Aku beli hero ni untuk aku jadikan penjantan sekunder di kandang aku. Aku rasakan TURBO tidak mampu menjalan tangungjawabnya dengan jayanya tanpa ada pesaing. Jadi aku buat keputusan untuk tambah lagi seekor pejantan sebagai pesaing kepada TURBO. Baru TURBO akan bersungguh sungguh sikit.

Masa aku mula mula sampai di kandang kambing seorang kenalan di kampung, aku telah terhidu bau hamis yang kuat. Aku menyangkakan bau hamis ini datang daripada kandang "breeder". Telahan aku telah salah kerana bau hamis ni datang daripada kambing jantan yang telah diasingkan.

Gaya Seekor Jaguh

Aku tengok kambing jantan ni ada harapan jadi jaguh. Dengan telur yang sama besar, badan yang tegap, ada muscle, dada yang bidang, layak untuk jadi pejantan di kandang aku. Aku nak jadikan " dia" ni pejantan sekunder di kandang aku. Dengan umur x sampai 2 tahun lagi, aku yakin hero baru ni mampu membuntingkan banyak kambing betina di kandang aku.

Aku setuju untuk membeli jantan ini dan minta untuk di hantar ke kandang aku pada hari yang sama. Aku tak boleh nak bawa naik kereta sebab aku datang dengan kereta adik aku. Lagipun aku nak minta rakan aku ni tengok tengokkan kandang aku yang sekarang ni sedang dilanda fenomena kutu dan sengkenit.

Lebih kurang jam 2.00 petang hero baru aku ni telah sampai di kandang. First impression, semua kambing betina telah datang untuk menghidu bau hamis hero aku ni. Good sign. Warm welcome. Masa tu aku dah asingkan TURBO di dalam petak beranak. Agak kecewa TURBO kerana telah diasingkan. Hanya beberapa minit di kandang hero baru aku ni telah menunjukkan kejantanannya. Bagus, tak sia sia aku beli kamu. Jadi aku dan staff aku setuju untuk namakan hero baru aku ni "RAMBO". Sesuai dengan gelagatnya. Langgar apa yang ada. hehe

RAMBO dan staff aku.
Memang RAMBO tak sabar sabar. Mungkin dah berpuasa lama. Sewaktu aku lepaskan dia untuk meragut, habis semua betina tak senang untuk makan. RAMBO berjaya pada waktu meragut. Bagus RAMBO. Usaha lebih lagi. Kalau macam ni performance RAMBO ada harapan kandang aku akan meriah dengan teriakkan anak anak kambing pada bulan Ogos nanti. Ya Allah ko berkati usaha RAMBO.

Pemilihan pejantan penting untuk memastikan program pembiakan kambing bagi sesebuah kandang.  Tanpa pejantan yang aktif, pembiakan kambing boleh menjadi lambat dan akan merugikan penternak. Bagi penternak baru aku syorkan agar dapat membuat penilaian yang teliti semasa memilih baka.

Semoga berjaya semua. Wassalam

Friday, March 6, 2015

MASA DEPAN TERNAKAN KAMBING

Assalamualaikum semua.

Wow dah bersawang blog aku ni. Dah lama tak update blog aku ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Suka aku tengok sekarang ni. Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang ternakan kambing. Aku je ke yang perasan sendiri? Tapi aku dapat rasakan sekarang ini ramai anak anak muda yang berminat untuk memulakan ternakan kambing dan ada juga yang sudah pun memulakan ternakan kambing. tak kiralah, menternak kambing susu ataupun kambing pedaging.

Saidina Umar r.a. pernah berkata "Jika kamu ingin melihat sesebuah negara, kamu lihatlah anak anak mudanya ". Jika dikaitkan kata kata Saidina Umar ini dengan situasi yang ada sekarang ini, masa depan ternakan kambing mempunyai harapan yang cerah untuk gemilang kerana ramai anak anak muda yang mahu mendokong dan menjayakan ternakan ini.

Tidak dinafikan bahawa kita juga harus berterima kasih kepada senior senior yang masih mampu bertahan memperjuangkan bidang ternakan kambing sehingga ke hari ini. Tanpa mereka, mungkin generasi muda tiada peluang untuk mengenali bidang ternakan kambing. Mungkin mereka kurang menitik beratkan sistem dan SOP dalam menjalankan ternakan, tapi bila golongan muda yang sudah celik dengan sistem dan SOP ditambah dengan kemudahan untuk mendapatkan maklumat, bidang ternakan kambing ini boleh maju lebih jauh.

Insha Allah dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, bidang ternakan kambing ini akan mendapat tempat yang sepatutnya ia berada. Kepada golongan muda, andalah yang boleh untuk menjayakan bidang ternakan ini. Selamat menternak.