Tuesday, December 9, 2014

SERONOKNYA MENGEMBALA HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum...

Aku sempat bawa kambing aku mengembala lebih kurang 2 jam 1/2. Memang seronok. Pukul 3.00 petang aku sampai kandang semua dah sibuk duduk depan pintu kandang. Hari ni aku gembala sengsorang sebab staff aku pergi keluarkan buah sawit dari kebun abang ipar aku yang dipetiknya waktu pagi tadi. Masyukkk...staff aku le. Aku memang benarkan dia untuk buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan dia. Aku tak mampu nak menggajikan dia lebih lebih. Aku dah cakap awal awal dengan dia masa dia mula kerja dengan aku. Sebab itu aku pilih waktu petang untuk gembala. Jadi dia boleh buat part time waktu pagi. Petang ni exception, aku benarkan dia pergi keluarkan buah waktu pagi. Selalunya memang aku tak bagi. Apsal aku melalut cerita pasal staff aku plak ni. Aku nak cerita pasal mengembala.

Masa aku gembala, memang syok. Tengok kambing berlari kejar pucuk pucuk muda. Macam tak makan sehari. Pulun selagi boleh. Patut la staff aku marah masa kambing monyok lepas kena vaksinasi haritu. Dia tak boleh gembala. Hilang ubat tenang. Memang boleh hilang stress. Gelagat kambing yang berlari lari tu jadikan kita tenang. Memang agak panas. Tapi semua tu tak terasa. Masa tu kalau kita betul betul hayati, kita boleh memerhatikan kejadian yang Allah cipta, kebun menghijau, langit biru, burung berterbangan, angin bertiup, semuanya boleh mengingatkan kepada kekuasaan Allah menjadikan semua tu. Tanpa perancangan ALLAH yang rapi, pasti semunya akan lintang pukang dan carca merba. Syok beb, kalau berkesempatan korang boleh ikut join sekali.











Dalam banyak banyak part mengembala ni, aku suka tengok kambing kambing ni masa nak melompat parit. Mujurlah anak kambing yang bawah dua bulan ( dapat masa beli kambing ) aku tak bawa. Kalau tak, aku le yang kena rescue. Ada seekor yang tak yakin dia boleh melompat. Jadi dan mengarok panggil ibunya. Ibunya tengah sedap mencekik. Hehe.

Satu lagi aku suka masa gembala ni, aku dapat dok senyap dan dapat sumbat telinga aku ni dengan suara burung ( burung gagak ), dan angin. Jadi semasa kita dok sengsorang ni, kita boleh bayangkan tika kita dok sengsorang kat dalam kubur, tiada siapa yang boleh tolong. Hanya amalan soleh sahaja yang dapat membantu. Kena banyak muhasabah diri, kena selalu berdoa dengan Allah, selalu berhubung dengan Allah. Kalau kita taat kepada Allah, barulah senang kita nak menggembala kambing. Insha Allah, kambing kambing kita pun akan taat kepada kita.





Laju betul kambing kambing aku ni berjalan. Kekadang jauh benor aku kena tinggal. Nampak sangat fitness aku dah menurun. So menggembala boleh mengembalikan fitness aku. Hahaha...dah tuo aku ni. Takpe yeop pelan pelan jalan. Jangan nak menggelabah. tak kemana kambing tu. Depa main main dekat dekat sini je.

So bila aku tengok kambing kambing aku dah kenyang, aku ajak kambing kambing aku balik. Just sebut "BALIK!", kambing aku angkat kepala dan terus beratur balik ke kandang. Alhamdulillah, dengor kata kambing kambing aku ni.

So sama samalah kita berusaha membiakkan kambing dengan cara menggembala. Ada kelebihan yang kita sendiri tak tahu. Kalau tak, masakan Allah jadikan para Anbiya pengembala kambing. Bebaskan kambing anda semua. Anda akan dapat lihat kelebihannya nanti.

Wassalam

Monday, December 8, 2014

ANAK KAMBING YEOP

Salam Sejahtera kepada semua pembiak Kambing Semalaya,

Pada tanggal 06.12.2014, kandang aku digemparkan dengan kehadiran anak kambing baru. Kambing yang aku beli pada 26.11.2014 haritu dah beranak. Staff aku call lebih kurag jam 12.43 tengahari. 

" Abang ada berita gembira. Si putih yang bunting tu dah beranak. Anaknya seekor. Aku biarkan aja si Putih itu jilat anaknya ya. "

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Rabbul Jalil kerana telah mengurniakan aku dengan seekor anak kambing betina. Aku masih lagi di Kuala Lumpur. Memang aku bercadang nak balik ke kampung sebab aku nak berjumpa dengan orang tua aku sebelum aku berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Juga nak hantar ubat mata untuk kambing aku yang diserang sakit mata yang agak teruk.

Pagi Ahad baru aku balik ke kampung, jumpa bapa aku dan aku terus ke kandang. Berdebar debar juga sebab first time aku nak tengok anak kambing yang aku sendiri bela. 28 tahun dulu aku pernah tunggu kambing abang sepupu aku beranak. Sampai aku kena marah dengan arwah Mak aku. 

" Kenapa nak sibuk sibuk tengok kambing tu beranak. Pandai la dia nak beranak. Lain kali jangan memandai mandai nak tengok kambing tu beranak lagi. "

Cantik juga anak kambing aku ni. Berat 2.0 kg. Nampak kecik. Aku angkat rasa ringan. Tapi bila timbang tak percaya boleh dapat 2.0 kg. Aku timbang tiga kali, IKut macam sensei aku pesan masa belajo kat Universiti dulu. Baru kita boleh dapat berat yang tepat.Masa tu aku memang malas nak buat. Banyak mengelat.




Sekali pandang, bulu anak kambing aku ni macam ada darah boer. Mungkin ada kot. Sebab penjatan kat kandang Pak cik Din tu memang kacukan boer. Insha Allah, aku memang harap anak kambing ni boleh jadi induk untuk koloni kambing aku ni. Apa nama yang sesuai ye? Aku ingat nak namakan dia ni MIMI dan maknya MAMA. Aku nak ikut nasihat mentor aku untuk bubuhkan nama pada induk bior susunya lebih sikit. Sebab menurut sifu aku, kajian di Belanda mendapati lembu yang diberi nama menghasilkan susu yang lebih banyak. Peratusannya aku tak ingat. Boleh rujuk di Blog Alwi.
 
Pada pemerhatian aku anak dan ibunya sihat. Cuma aku tengok pernafasan maknya agak laju. Mungkin masih penat lagi kot. Betul ke otai otai sekalian? Aku risau gak sebab kalau aku tengok kambing kambing aku yang lain takde le bernafas laju sangat. Ibu kambing ni pun duduk je aku tengok. So aku suruh dia bangun bior anaknya dapat menetek. Penting untuk anaknya dapat susu yang banyak. Baru lebih sihat, baru cepat besar.

Kawan kawan aku pesan, seminggu pertama ni kena bagi perhatian kat ibu dan anaknya. Luka ibunya tu seelok eloknya disembur dengan iodin. Tali pusat anaknya pun elok disembur dengan iodin bagi mengelak bakteria yang boleh menyebabkan sakit sendi. Lepas tu tinja anak kambing ni macam paste, so kena bersihkan. Aku tengok maknya pandai jilat. So tak perlu nak menyibuk sangat. Bagus juga beli induk yang dah pernah beranak ni. Sekurang kurangnya kita tak perlu sangat nak beri perhatian. Kalau tak, jenuh nak check sepanjang waktu. Macam jaga bayi baru lahir le pulak.

Waktu petang, aku jumpa makcik aku. Aku ceita aku dapat anak kambing betina. 

" Nak biak la tu. Orang selalu kata, kalau dapat anak betina, tandanya ternakan kita nak biak. Buat le elok elok. Aku doakan moga berjaya. Dapat gak aku menumpang esok "

Aku senyum je. Amin...mudah mudahan doa mak cik aku dikabulkan oleh Allah. Aku berharap dengan kelahiran anak kambing ni boleh menambahkan lagi pengalaman aku dan staff aku yang sama sama masih belajo dalam bidang pembiakan / ternakan kambing ini. Semoga usaha murni aku dan semua rakan pembiak yang lain dipermudahkan dan diberkati oleh Allah S.W.T. 

Majulah ternakan kambing untuk negara.

Wassalam.

Saturday, December 6, 2014

ALWI IN THE HOUSE

Assalamualaikum semua.

"Sesiapa yang berkelapangan pada hari Sabtu ni 29/11, jemputlah datang ke kampung aku di Bagan Datoh. Anak sedara aku kawin"

Itulah ayat yang aku guna masa dok chatting di whatApps dengan kawan kawan aku. Jemputan aku itu telah membuka hati Alwi, seorang rakan penternak yang selalu aku jadikan rujukan dan sumber aspirasi dalam memulakan ternakan kambing ni.

Dan tak sangka jemputan aku disahut.. Hari Sabtu pagi, pukul 11.30 am dapat call dari Alwi.. " Aku dah kat Langkap ni, berapa jauh lagi dari tempat kau." Wahhhh.. ini sangat baik.. macam mimpi. Selalu dalam alam maya. Ini meet in person terus. Aku terus bagi arah nak ke rumah aku...

Dah sampai Alwi ke Bagan Datoh.. Jemput makan dulu.. Kasi tank full dulu baru cerita lain. Tapi aku minta maaf jugala kat Alwi sebab tak dapat nak layan betul betul.. orang ramai .. so kena divide attention. Lepas makan kebetulan mertua aku nak melawat kandang ( aku menantu sulung and satu satunya menantu lelaki, maka mertua  memang bagi full support ). Beraraklah kami menuju ke kandang. Lecah sekit sebab baru lepas hujan pagi tu..Sorryla gambar tak ada sebab masa tu hp bateri kiok.

Alwi banyak jugakla ambil gambar.. so nak tengok gambar sila refer ke blog Alwi hehehehe...Aku ambil peluang la tanya macam macam.. ini kira 1st time rakan gembala datang melawat.. dah tu yang paling senior dari segi pengalaman dalam group wassup aku.. Macam mentor datang melawat jugakla. Cuma masa agak terhad. aku nak tanya lebih lebih pun segan. Maklumla baru jumpa. Insha Allah aku akan pergi ke kandang Alwi nanti. Masa tu aku tanya kat dia habis habis....bolehkan Alwi?

Bersama keluarga mentua dan anak anak sedara aku yang syok mengejar kambing dan Alwi ..seronok juga bersembang dalam kandang kambing hehehhee.. macam kena letak pangkin aje.

Ada dalam sejam jugakla lawatan Alwi.. Terima kasih bebanyak kerana sudi datang melawat. Aku budak baru belajar. So kedatangan Alwi betul betul dihargai. Bagi semangat kat aku.

Kepada rakan rakan, kalau ada kesempatan sila la jenguk ke kandang aku di Bagan Datoh...You are alway welcome.....

Friday, December 5, 2014

KAMBING SAKIT MATA

Assalamualaikum semua.

Berasap..berasap..pedih...pedih..Itulah suasana kandang aku bila waktu senja. Lemas dan rimas dibuatnya. Itulah agaknya perasaan kambing kambing aku. Semuanya aku buat demi kesejahteraan dan keselesaan. Waktu senjalah nyamuk banyak keluar untuk mencari mangsa. Mujur nyamuk tiruk (perang). Kalau aedes, confirm kambing aku kena denggi, confirm jabatan kesihatan akan datang sembur asap kat kandang aku. Haru Yeop.
 
Kambing aku kena sakit mata. Ada yang dah agak kronik sampai matanya dah ada selaput putih. Pelik jugak sebab sebelum rombongan JPV datang semua ok jer. Adakah sebab stress? Boleh sakit mata ke kalau stress. Atau disebabkan oleh asap yang selalu staff aku buat tika waktu senja. untuk makluman, staff aku guna tandan sawit untuk perasap kandang aku. Asapnya boleh sampai pagi katanya. Agaknya kambing dah overdose dengan asap. Sampai mata pun jadi putih. Yang batuk pun ada. So aku dah minta dia stop perasap kandang. Nak tengok keadaan kambing aku jadi macam mana.

 
Kambing Yang diserang sakit mata. Aku dah sembur dengan Terramycin "Pinkey Eye"


 
Kambing yang terkena sakit mata tu aku telah sembur dengan Terramycin " Pinkey Eye ". Ada yang advise aku supaya basuh dengan air garam yang suam, kemudian baru sembur dengan " pinkey eye spray " tu. So aku ikutkan advise yang depa yang otai otai tu. Maklumlah aku baru belajo. Bagus juga ada kengkawan macam gini. Boleh tunjuk ajar, walaupun aku tak pernah jumpa secara bersemuka tapi depa sanggup share nasihat, share maklumat. Semuanya kerana kami melakukan perkara yang sama, membiak kambing cara gembala.
 
Aku harap kambing aku ni boleh cepat sembuh, baru senang nak pergi gembala. Macam mana nak tengok rumput / daun daun fresh kalau mata dah kelabu sebelah.
 
Aku ada juga pesan dengan staff aku supaya jangan biarkan kambing yang sakit mata ni bercampur dengan yang lain. Kuarantinkan sehingga matanya pulih. Takut berjangkit dengan yang lain pula. Kena la staff aku kerja lebih sikit. Kena bagi rumput pada yang kena kuarantin. Sabor je la. Insha Allah baik le tu nanti. Boleh pergi meragut dengan yang lain nanti.
 
Kepada pembiak kambing semua, teruskan usaha murni anda.
 
 


Tuesday, December 2, 2014

ROMBONGAN JPV DATANG

Assalamualaikum semua rakan pembiak!

Masa aku tengah sebok layan kerja kat ofis, tiba tiba ada satu message masuk menerpa ke hand phone aku.

" Salam..Faisal boleh ke kami group vet daerah nak ambil contoh darah kambing pada hari Khamis ini..."

" Kami akan bagi suntikan H.S dan minum ubat cacing sekali."

Aku memang happy sebab pihak veterinar sudi datang ke kandang aku untuk memastikan kesihatan kambing kambing aku. Terima kasih JPV. Namun semuanya bertukar menjadi tragedi ngeri kerana kambing kambing aku menjadi stress disebabkan aktiviti pemberian vaksin H.S, tag telinga dan suntikan pengambilan sample darah. Aktiviti pemberian vaksin ni bermula jam 10:00 pagi dan berakhir 12:30 petang. Memang memenatkan. Kata staff aku. Aku takde sebab tak balik kampung lagi. 

Petang tu aku dapat call daripada staff aku. Suspen sungguh. Dengar suaranya yang agak marah-marah sebab semua kambing kambing aku tak larat bangun. Panik dan terus aku call abang veterinar kawasan aku. Maklumlah penternak baru, aku belum biasa dengan situasi macam ni. Abang tu just mention supaya bagi minum air banyak dan pastikan kambing kambing aku makan. Keadaan normal bagi kambing yang baru lepas kena cucuk vaksin. Mungkin selama hidup kambing ni tak pernah kena cucuk masa di ternak oleh Pak Cik Din.

Jadi staff aku buat keputusan untuk tidak menggembala kambing, dan terpaksalah dia angkut rumput. Penat yeob. Dulu 15 ekor dia boleh senyum lagi. Sekarang ada 40 ekor, berdeeh juga dibuatnya. Memang menggembala ni banyak kelebihannya. Barulah staff aku faham kenapa aku nak dia menggembala kambing. Banyak mudah dan senangnya. Tak perlu potong rumput dan angkut rumput. Badan pun tak penat, minda pun tenang tengok kambing riang meragut.

Kalau kita ikut seperti mana Habil A.S dan cara seluruh Anbiya A.S menternak kambing, kita akan dapat banyak kelebihan yang kita sendiri tak tahu dan tak sedar. Mungkin perlu ada kajian yang terperinci tentang menternak kambing secara gembala ni. Ada mana pusat pengajian yang volunteer untuk buat kajian tak? Amat dialu alukan. Aku sedia untuk bekerjasama. 

So kepada rakan penternak / pembiak sekalian, teruskan usaha murni anda semua, yakin dengan apa yang anda usahakan. Insya Allah kita tidak akan disia siakan oleh Allah kerana kita mengikut sunah para Anbiya A.S. Teruskan usahamu.....

salam pembiak!