Tuesday, December 2, 2014

ROMBONGAN JPV DATANG

Assalamualaikum semua rakan pembiak!

Masa aku tengah sebok layan kerja kat ofis, tiba tiba ada satu message masuk menerpa ke hand phone aku.

" Salam..Faisal boleh ke kami group vet daerah nak ambil contoh darah kambing pada hari Khamis ini..."

" Kami akan bagi suntikan H.S dan minum ubat cacing sekali."

Aku memang happy sebab pihak veterinar sudi datang ke kandang aku untuk memastikan kesihatan kambing kambing aku. Terima kasih JPV. Namun semuanya bertukar menjadi tragedi ngeri kerana kambing kambing aku menjadi stress disebabkan aktiviti pemberian vaksin H.S, tag telinga dan suntikan pengambilan sample darah. Aktiviti pemberian vaksin ni bermula jam 10:00 pagi dan berakhir 12:30 petang. Memang memenatkan. Kata staff aku. Aku takde sebab tak balik kampung lagi. 

Petang tu aku dapat call daripada staff aku. Suspen sungguh. Dengar suaranya yang agak marah-marah sebab semua kambing kambing aku tak larat bangun. Panik dan terus aku call abang veterinar kawasan aku. Maklumlah penternak baru, aku belum biasa dengan situasi macam ni. Abang tu just mention supaya bagi minum air banyak dan pastikan kambing kambing aku makan. Keadaan normal bagi kambing yang baru lepas kena cucuk vaksin. Mungkin selama hidup kambing ni tak pernah kena cucuk masa di ternak oleh Pak Cik Din.

Jadi staff aku buat keputusan untuk tidak menggembala kambing, dan terpaksalah dia angkut rumput. Penat yeob. Dulu 15 ekor dia boleh senyum lagi. Sekarang ada 40 ekor, berdeeh juga dibuatnya. Memang menggembala ni banyak kelebihannya. Barulah staff aku faham kenapa aku nak dia menggembala kambing. Banyak mudah dan senangnya. Tak perlu potong rumput dan angkut rumput. Badan pun tak penat, minda pun tenang tengok kambing riang meragut.

Kalau kita ikut seperti mana Habil A.S dan cara seluruh Anbiya A.S menternak kambing, kita akan dapat banyak kelebihan yang kita sendiri tak tahu dan tak sedar. Mungkin perlu ada kajian yang terperinci tentang menternak kambing secara gembala ni. Ada mana pusat pengajian yang volunteer untuk buat kajian tak? Amat dialu alukan. Aku sedia untuk bekerjasama. 

So kepada rakan penternak / pembiak sekalian, teruskan usaha murni anda semua, yakin dengan apa yang anda usahakan. Insya Allah kita tidak akan disia siakan oleh Allah kerana kita mengikut sunah para Anbiya A.S. Teruskan usahamu.....

salam pembiak!

5 comments:

  1. Replies
    1. Pak Es,

      Semangat membara sekarang ni. Insya Allah saya akan teruskan

      Delete
  2. kena pastikan suntikan pada kaki depan kambing bukan belakang. Kang tak pasal kiok pula kambing tuan. P/s: Cedok nasihat daripada blog Prof Alwi gak tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa haritu, memang kambing saya jadi huru hara. Jpv ni suntik ikut sedap je. Kaki depan atau belakang dah tak kesah. Sebab tu jadi trauma.

      Darah ambil kat leher, kaki kena cucuk, telinga kena tag, bagi ubat cacing lagi..memang trauma dibuatnya

      Delete
  3. belai2 sikit belanja dedak. nanti oklah tu. selamat menternak

    ReplyDelete