Tuesday, June 2, 2015

Penyakit Bottle Jaw

Assalamualaikum semua rakan pembiak.

Semua penternak amat mengharapkan kambing jagaan mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera. Aku juga amat mengharapkan kambing kambing aku sentiasa sihat. Aku cukup berdebar sekiranya skrin telefon aku ini memaparkan nombor telefon staff aku.Rasa senak perut, belah belih, semua ada. Kekadang nak angkat terus pun malas.

Baru baru ini seekor kambing di kandang aku telah diserang penyakit "Bottle Jaw". Dibawah rahang kambing membengkak. Jika dipegang akan terasa lembut. Seperti ada lebihan daging. 
Bengkak di bawah rahang.
Bila jadi seperti ini, aku banyak merujuk kepada otai otai kambing. Rata rata dikalangan mereka mengatakan bahawa Botlle Jaw adalah disebabkan oleh beban cacing yang melampau. Bila kambing dibebani oleh cacing yang banyak, penyakit bottle jaw mudah menyerang kambing. Cara yang dianjurkan oleh otai orai aku ialah

1. Berikan kambing ubat cacing.
    Aku gunakan broad chan spec untuk dewormer di kandang aku

2. Berikan kambing dengan rumput yang segar
    Asingkan kambing daripada kawanan kambing kambing yang lain agar rumput yang diberikan
    kepada kambing ini tidak dimakan oleh kambing kambing lain

3. Ulang langkah pertama setelah 10 hari
    Setelah sepuluh hari. Beri lagi kambing tersebut dengan  ubat cacing.

*sumber dari granny-miller.com

 Jadi inilah langkah yang aku ambil untuk merawat kambing aku. Alhamdulillah kambing semakin sihat, dan aku jugatelah inject dengan iron. Sekarang bottle jaw dan badan pun pulih. Air susu kambing pun dan ada semula. Jadi anaknya tak perlu menumpang menyusu daripada ibu lain. 

Sebagai penternak baru aku rasa, perlu deworm kambing aku setiap 2 bulan. SOP sekarang aku perlu tukar kerana sebelum ini aku deworm semua kambing aku 3 bulan sekali. Penting aku deworm semua kambing aku ini kerana kambing aku blom biasa lagi dengan kawasan aku ini dan aku juga belum mahir untuk buat selective deworm.

Inilah antara cabaran bagi penternak yang mengamalkan sistem semi intensif. Kurang dari segi kos makanan, tapi kos dewormer akan meningkat.

Teruskan usaha membiak.

Wednesday, May 27, 2015

Sifat Rendah Diri Dalam Menternak Kambing

Assalamualaikum wahai sekalian umat Muhammad ( S.A.W )

Lama dah tak update blog aku ni. Aku terlalu sibuk melayan kerenah kambing kambing yang mengalami pelbagai dugaan. Serangan kutu, kecacingan dan macam macam lagi.

Kenapa sifat rendah diri penting dalam ternakan kambing ini. Sejak kebelakangan ini, sering kali aku dapat pujian daripada rakan rakan yang mengatakan bahawa ternakan kambing aku elok, anak anak kambing cantik, memang menjadi ternakan kambing kau ini. Semua itu membuatkan aku berada di awang awangan dan merasakan diri ini macam sudah terlalu bagus. Aku sudah sedikit lupa dan hilang fokus tentang tujuan aku untuk menternak kambing. Bukan untuk bermegah megah, tetapi adalah untuk mengikut sunnah nabi S.A.W. Jika itu yang aku niatkan, aku tidak boleh untuk membangga diri, kerana sifat mazmumah itu amat dibenci oleh nabi.

Natijah daripada sifat bangga aku itu, aku diuji dengan serangan kutu di kandang dan kecacingan. Memang kutu babi banyak sangat melekat di telinga kambing kambing aku. Kesian aku tengok. Bayangkan kalau seekor kutu babi melekat di badan kita, mahu seminggu rasa demamnya. Inikan berpuluh puluh ekor. Lagi teruk dibuatnya. Sebagai satu langkah pencegahan, aku telah mandikan kambing kambing aku dengan racun yang mengandungi amitraz. Bancuhan yang aku buat adalah 60ml : 18 liter air. Alhamdulillah, ada penguragan bilangan kutu di kambing kambing aku. Akan diulangi setelah 2 minggu. Aku juga telah mencuci kandang aku dengan bancuhan yang sama. Moga kandang dan kambing akan bebas dari wabak kutu

Staff aku Yusoff sedang mencuci kandang. Good Job
Dengan kehadiran kutu  kutu di kandang aku ini, aku telah diperkenalkan dengan kumpulan penyelidik kutu dari Universiti Malaya. Mereka ini mengkaji tentang kutu kutu yang boleh membawa wabak penyakit bukan kepada binatang malah kepada manusia juga. Sebelum ini mereka telah mengkaji kutu kutu yang didapati daripada kawasan hutan yang berhampiran dengan kediaman orang asal. Sekarang mereka ini mengkaji kutu kutu yang terdapat di haiwan ternakan dan mengkaji implikasi kutu kutu ini terhadap kesihatan haiwan ternakan. 

Tekun mengumpul kutu dari kambing


Yusoff pun tidak ketinggalan membantu Dr Jing Jing mengumpul kutu.
Jadi aku rasa tidak perlu kita mendabik dada, membesar diri bila ternakan kita berada dalam keadaan sihat walafiat. Semua itu kuasa Allah. Kita perlu ingat, bukan kita yang berkuasa menjadikan kambing kita itu sihat, cantik, gemuk. Allah yang berkuasa. Allah juga yang berkuasa untuk menjadikan kambing kita itu sakit dan sebagainya. Mohon ampun kepada Allah cepat cepat. Agar diri kita dapat dijauhkan daripada sifat mazmumah ini.

Ke arah 100 ekor induk kambing gembala yang sihat walafiat.....


Wednesday, March 18, 2015

MODEL KANDANG AKU

Assalamualaikum wahai insan.

Aku nak memperkenalkan model kandang aku kepada anda semua. Sesiapa yang berminat dengan model aku ini boleh hubungi aku untuk sain kontrak. Melawak jer.

Model kandang bersama anak anak kambing yang kelaparan
Penting bagi kita untuk membiasakan anak anak dengan aktiviti yang kita jalankan supaya mereka juga merasakan yang mereka terlibat dalam menjayakan aktiviti kita itu. So aku biasakan anak buah aku ni bermain main dengan anak kambing supaya dia tidak kekok. Inilah generasi yang boleh menjayakan lagi bidang ternakan kambing pada masa akan datang Insha Allah.

Anak anak kambing leka meragut rumput.
Inilah generasi kedua kambing aku yang aku harapkan untuk menjana pendapatan bagi aku. Aku tengah fikirkan cara yang terbaik agar aku boleh besarkan anak anak ini dengan cepat supaya boleh mendapat pulangan hasil dalam masa yang singkat. 

Sekian.

HERE COME NEW HERO

Assalamualaikum warga penternak !

Pada tanggal 8hb Mac 2015, kandang aku telah menerima seekor hero baru. Aku beli hero ni untuk aku jadikan penjantan sekunder di kandang aku. Aku rasakan TURBO tidak mampu menjalan tangungjawabnya dengan jayanya tanpa ada pesaing. Jadi aku buat keputusan untuk tambah lagi seekor pejantan sebagai pesaing kepada TURBO. Baru TURBO akan bersungguh sungguh sikit.

Masa aku mula mula sampai di kandang kambing seorang kenalan di kampung, aku telah terhidu bau hamis yang kuat. Aku menyangkakan bau hamis ini datang daripada kandang "breeder". Telahan aku telah salah kerana bau hamis ni datang daripada kambing jantan yang telah diasingkan.

Gaya Seekor Jaguh

Aku tengok kambing jantan ni ada harapan jadi jaguh. Dengan telur yang sama besar, badan yang tegap, ada muscle, dada yang bidang, layak untuk jadi pejantan di kandang aku. Aku nak jadikan " dia" ni pejantan sekunder di kandang aku. Dengan umur x sampai 2 tahun lagi, aku yakin hero baru ni mampu membuntingkan banyak kambing betina di kandang aku.

Aku setuju untuk membeli jantan ini dan minta untuk di hantar ke kandang aku pada hari yang sama. Aku tak boleh nak bawa naik kereta sebab aku datang dengan kereta adik aku. Lagipun aku nak minta rakan aku ni tengok tengokkan kandang aku yang sekarang ni sedang dilanda fenomena kutu dan sengkenit.

Lebih kurang jam 2.00 petang hero baru aku ni telah sampai di kandang. First impression, semua kambing betina telah datang untuk menghidu bau hamis hero aku ni. Good sign. Warm welcome. Masa tu aku dah asingkan TURBO di dalam petak beranak. Agak kecewa TURBO kerana telah diasingkan. Hanya beberapa minit di kandang hero baru aku ni telah menunjukkan kejantanannya. Bagus, tak sia sia aku beli kamu. Jadi aku dan staff aku setuju untuk namakan hero baru aku ni "RAMBO". Sesuai dengan gelagatnya. Langgar apa yang ada. hehe

RAMBO dan staff aku.
Memang RAMBO tak sabar sabar. Mungkin dah berpuasa lama. Sewaktu aku lepaskan dia untuk meragut, habis semua betina tak senang untuk makan. RAMBO berjaya pada waktu meragut. Bagus RAMBO. Usaha lebih lagi. Kalau macam ni performance RAMBO ada harapan kandang aku akan meriah dengan teriakkan anak anak kambing pada bulan Ogos nanti. Ya Allah ko berkati usaha RAMBO.

Pemilihan pejantan penting untuk memastikan program pembiakan kambing bagi sesebuah kandang.  Tanpa pejantan yang aktif, pembiakan kambing boleh menjadi lambat dan akan merugikan penternak. Bagi penternak baru aku syorkan agar dapat membuat penilaian yang teliti semasa memilih baka.

Semoga berjaya semua. Wassalam

Friday, March 6, 2015

MASA DEPAN TERNAKAN KAMBING

Assalamualaikum semua.

Wow dah bersawang blog aku ni. Dah lama tak update blog aku ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Suka aku tengok sekarang ni. Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang ternakan kambing. Aku je ke yang perasan sendiri? Tapi aku dapat rasakan sekarang ini ramai anak anak muda yang berminat untuk memulakan ternakan kambing dan ada juga yang sudah pun memulakan ternakan kambing. tak kiralah, menternak kambing susu ataupun kambing pedaging.

Saidina Umar r.a. pernah berkata "Jika kamu ingin melihat sesebuah negara, kamu lihatlah anak anak mudanya ". Jika dikaitkan kata kata Saidina Umar ini dengan situasi yang ada sekarang ini, masa depan ternakan kambing mempunyai harapan yang cerah untuk gemilang kerana ramai anak anak muda yang mahu mendokong dan menjayakan ternakan ini.

Tidak dinafikan bahawa kita juga harus berterima kasih kepada senior senior yang masih mampu bertahan memperjuangkan bidang ternakan kambing sehingga ke hari ini. Tanpa mereka, mungkin generasi muda tiada peluang untuk mengenali bidang ternakan kambing. Mungkin mereka kurang menitik beratkan sistem dan SOP dalam menjalankan ternakan, tapi bila golongan muda yang sudah celik dengan sistem dan SOP ditambah dengan kemudahan untuk mendapatkan maklumat, bidang ternakan kambing ini boleh maju lebih jauh.

Insha Allah dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, bidang ternakan kambing ini akan mendapat tempat yang sepatutnya ia berada. Kepada golongan muda, andalah yang boleh untuk menjayakan bidang ternakan ini. Selamat menternak.

Thursday, February 19, 2015

IBU KAMBING DAN KAMBING BUNTING

Assalamualaikum semua penternak.

Aku beli kambing tua dan juga kambing bunting. Ada sebab mengapa aku pilih ibu kambing dan  juga kambing bunting. Aku mahukan hasil yang cepat. 34 ekor kambing betina yang aku beli, 70 peratus daripadanya adalah ibu kambing dan kambing bunting. Cuma 30 peratus kambing dara. Jadi dalam tempoh 3 bulan menternak kambing, kandang aku dah berjaya mendapat 10 ekor anak. Jika semuanya diizinkan Allah, 6 bulan atau 7 bulan daripada sekarang aku sudah boleh mendapat hasil jualan anak-anak kambing. Aku berjaya singkatkan tempoh tuaian hasil jualan kambing. Idea ini berbaloi. Kurang daripada setahun aku sudah boleh mendapat hasil jualan. Cuma jika aku bercadang untuk menjual kambing bagi ibadah qurban atau aqiqah, aku perlu tunggu sehingga penghujung tahun 2016. 

Peringkat permulaan ini aku bercadang untuk menjual kambing muda, Kambing yang berumur kurang daripada 1 tahun ataupun sudah mencapai berat 25 kg. Kos makanan dapat dijimatkan dan juga kesesakan kandang dapat dielakkan. Dengan keluasan yang sedia ada dan juga kadar kelahiran 50-50, aku menjangkakan kandang aku boleh bertahan sehingga 2 ke 3 tahun tanpa perlu untuk menambah keluasan kandang. Bagi seorang penternak, kos membina kandang amat besar dan boleh membabitkan 70-80 peratus daripada keseluruhan operasi.

Antar anak anak kambing yang lahir setelah 3 bulan operasi.

 Mungkin agak susah untuk mencari jualan ibu kambing ataupun kambing bunting. Tapi kalau kena dengan harganya mungkin tidak susah untuk kita mencarinya. Walaupun ibu kambing yang aku beli sudah beranak 2 atau 3 kali, tapi semua tu kita boleh cover jika ibu kambing tu masih boleh beranak 4 ke 5 kali lagi. Masih boleh untung.

Tidak semua penternak bersetuju dengan idea aku ni, tetapi ini sahaja cara yang agak berkesan untuk aku singkatkan masa penuaian hasil daripada ternakan kambing pedaging. Walaupun modal besar sikit, cash flow kena diutamakan. Bagaimana nak dapatkan cash dalam masa yang singkat. Dengan sistem semi-intensif, sistem gembala, tenakan kambing pedaging boleh memberikan keuntungan yang optimum kepada seorang penternak. Aku kurang pandai dalam bidang ekonomi ni, yang aku faham kalau masuk banyak daripada keluar, itu boleh bagi keuntungan.

Sistem gembala boleh menjimatkan kos makanan

Kepada semua penternak baru, aku ingin nasihatkan, fikir fikirkan strategi anda. Kena rancang segalanya dengan betul betul. Minta nasihat dan pandangan daripada penternak penternak lama. Terjah kandang mereka. Insha Allah usaha anda untuk menternak akan dipermudahkan.

Selamat menternak...


Tuesday, February 3, 2015

SOP DI KANDANG

Assalamualaikum...

Salam kepada semua warga pembiak kambing..sejak akhir akhir ni sibuk sikit dengan kerja kerja aku sampai blog pun tak sempat nak up date. Sekarang ni nak Chinese New Year, so banyak kereta terpakai yang diimport kena clearkan di Port. Maklumlah ramai car dealer nak kejar sale sebelum raya. Pelik betul aku, asal nak raya je semua sibuk nak tukar kereta baru. Kalau tak tukar tak boleh raya ke? Masih tertanya tanya...

Kali ni aku nak cerita sikit tentang SOP yang aku buat kat kandang aku. SOP ni aku buat supaya senang untuk staff aku bekerja dan juga senang untuk aku kawal sebarang masalah yang jadi. Secara umumnya, SOP ni kita perlu adakan supaya setiap orang boleh melakukan sesuatu pekerjaan tanpa perlu dipantau sepenuhnya kerana telah ada panduan panduan yang boleh membantu seseorang tersebut dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

SOP yang pertama, anak kambing. Aku dah pesan kat staff aku supaya ibu dan anak kambing ditempatkan dipetak beranak sampai anak kambing tu berumur 2 minggu. Tapi ibu kambing dibebaskan untuk meragut setelah seminggu lepas beranak. Semasa seminggu tu beri ibu kambing makan rumput yang dipotong. SOP ini akan aku ubah mengikut keperluan kerana sekarang ini kambing kambing aku masih sedikit. Setelah dua minggu anak anak kambing dan ibu kambing akan ditempatkan di petak yang luas dan dicampurkan dengan ibu ibu dan anak anak kambing yang lain. Hanya ibu kambing yang garang sahaja aku asingkan dipetak beranak kerana bimbang akan mencederakan anak anak kambing yang lain.

Anak dan ibu kambing dikurung di dalam petak beranak berasingan selama 2 minggu.




Anak anak kambing diletakkan bersama sama di dalam petak yang lebih besar setelah berumur 2 minggu

SOP yang kedua, kambing kambing aku perlu di lepaskan meragut dan digembala sekurang kurangnya 3 jam sehari. Cuma jika hujan, waktu meragut mungkin berkurangan dan staff aku akan tambah rumput potong bagi menampung rumput yang kurang pada hari itu. Tujuan dilepaskan untuk gembala adalah bagi memberi peluang kepada kambing kambing untuk bersenam dan release stress setelah duduk di dalam kandang. Selain itu staff aku pun tak perlu untuk memotong rumput yang banyak untuk diberikan kepada kambing.

Kambing dilepaskan meragut setiap hari minima 3 jam.
Sentiasa digembala. Tidak dibiarkan sendirian
Buat masa ini kandang aku hanya melepaskan kambing pada waktu petang. Selapas zohor. Jadi pekerja aku boleh gunakan waktu pagi untuk mengambil upah memotong buah sawit, meracun kebun atau upah menebang pisang. SOP ini amat sesuai bagi penternak baru, kerana mereka perlu untuk mencari pendapatan sampingan sementara menunggu anak anak kambing boleh dijual.

SOP ketiga, hanya anak anak kambing yang sudah berumur 3 bulan ke atas dibenarkan untuk mengikut ibunya meragut. Anak anak kambing ni kalau dibiarkan untuk ikut sama meragut akan timbul banyak masalah. Kurang berani untuk melompat parit. Jadi pengembala perlu berikan lebih perhatian untuk anak anak kambing ini. Akan melambatkan pergerakan kumpulan kambing. Jadi anak anak kambing ini perlu di asingkan dan ditinggalkan di kandang semasa ibunya pergi meragut. Suasana agak bising pada mulanya, tapi setelah ibu ibu kambing hilang daripada pandangan akan senyap dan lekalah bermain semula.

Anak kambing yang berumur bawah 3 bulan ditinggalkan semasa ibu kambing meragut.

Cukup dulu buat masa ini. Ini antara perkara asas yang perlu aku tekankan kepada staff aku supaya operasi kandang boleh berjalan dengan lancar walaupun aku tak ada di sana. Semoga SOP ini boleh memudahkan pekerja aku untuk menjalankan tugasan harian bagi membiakkan kambing kambing di kandang aku.

Sekian wassalam.