Friday, March 6, 2015

MASA DEPAN TERNAKAN KAMBING

Assalamualaikum semua.

Wow dah bersawang blog aku ni. Dah lama tak update blog aku ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Suka aku tengok sekarang ni. Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang ternakan kambing. Aku je ke yang perasan sendiri? Tapi aku dapat rasakan sekarang ini ramai anak anak muda yang berminat untuk memulakan ternakan kambing dan ada juga yang sudah pun memulakan ternakan kambing. tak kiralah, menternak kambing susu ataupun kambing pedaging.

Saidina Umar r.a. pernah berkata "Jika kamu ingin melihat sesebuah negara, kamu lihatlah anak anak mudanya ". Jika dikaitkan kata kata Saidina Umar ini dengan situasi yang ada sekarang ini, masa depan ternakan kambing mempunyai harapan yang cerah untuk gemilang kerana ramai anak anak muda yang mahu mendokong dan menjayakan ternakan ini.

Tidak dinafikan bahawa kita juga harus berterima kasih kepada senior senior yang masih mampu bertahan memperjuangkan bidang ternakan kambing sehingga ke hari ini. Tanpa mereka, mungkin generasi muda tiada peluang untuk mengenali bidang ternakan kambing. Mungkin mereka kurang menitik beratkan sistem dan SOP dalam menjalankan ternakan, tapi bila golongan muda yang sudah celik dengan sistem dan SOP ditambah dengan kemudahan untuk mendapatkan maklumat, bidang ternakan kambing ini boleh maju lebih jauh.

Insha Allah dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, bidang ternakan kambing ini akan mendapat tempat yang sepatutnya ia berada. Kepada golongan muda, andalah yang boleh untuk menjayakan bidang ternakan ini. Selamat menternak.

2 comments:

  1. Gua dah tua sikit bro, terlewat join....dah 40 umo belum setahun bela kambing

    ReplyDelete
  2. Modal kasar untuk permulaan bela kambing berapa bro? Saya pun teringin nak buat secara kecil dulu, cari tapak baru luaskan kandang.

    Alang - alang saya dah terjun bidang pertanian ( tanaman pisang ) berminat nak cebur dalam ternakan. :)

    ReplyDelete