Friday, November 21, 2014

AKU TAMBAH KAMBING

Salam semua wahai umat Muhammad.

Segala puji untuk Tuhan semesta alam yang telah banyak mengurniakan nikmat dalam hidup kita sekalian. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan berkat usaha baginda, kita dapat menikmati nikmat Islam pada hari ini.

16.11.2014 menjadi sejarah buat kandang aku kerana aku telah menambah lagi bilangan kambing untuk mempercepatkan proses pembiakan kambing di kandang aku. Kali ini aku membeli kambing daripada pakcik Din, otai yang dah 10 tahun menternak / membiakkan kambing. Aku beli kambing daripada dia sebab kambing kambing di kandang dia memang di gembala dan Alhamdulillah kambing yang aku beli daripada dia sebelum ni semuanya sehat sehat belaka.

Pakcik Din memulakan usaha biak kambing ni lebih kurang 10 tahun dahulu dengan keluasan kandang 20 X 45. Dan populasi semasa di kandang pak Din lebih kurang 80 ekor. Untuk pengetahuan korang semua, pak Din tidak pernah deworm kambing kambing dia seperti yang dicanangkan oleh pihak Veterinar. Hanya selective deworm. Pak din pun tidak mengamalkan pemberian vitamin, yang penting kambing kambingnya mesti diberi cukup makan. Insya Allah pasti akan membiak dengan baik. Itulah kata pak Din. Kelebihan darah tempatan, mudah biak, tinggi daya melawan penyakit.


Antara Kambing Kambing Yang Ada di Kandang Pak Din

Hi Comel! Nak Ikut  Pergi Kandang Baru?

Kali ni aku tambah 20 ekor ibu, 2 ekor jantan dan aku dapat percuma 3 ekor anak. Jadi jumlah kambing di kandang aku sudah ada 40 ekor. Semakin meriah, sebab aku dapat anak kambing dalam sekelip mata. Staff aku pun agak kelam kabut dibuatnya. Yang menjadikan aku lebih kelam kabut ialah, kambing kambing yang aku beli tu ada kutu yeop.

' Tu la Bang, kalau Aku yang pilih tadi tiada kambing segini.'

Dialog staff aku. Ishh macam mana aku boleh over look plak ni. Nasihat aku, kalau nak membeli belah, janganlah rambang mata sangat. Bawa bertenang, pilih yang elok elok aja. Ini dah bawa bala. So aku terpaksa perhatikan semula kambing kambing yang aku beli tadi, dan Alhamdulillah, cuma 2 ekor yang ada kutu. Jadi aku asingkan 2 ekor ni dalam petak beranak. Maka bermulalah operasi aku 
kutu. Memang agak memenatkan. So aku call abang Veterinar tempat aku tu, dia advise asingkan kambing tu dan esok pagi dia akan datang inject kambing aku yang problem tu. Sementara tu dia advise aku untuk asapkan kandang, supaya kutu kutu yang ada tu lari. Cabaran baru untuk aku dan staff aku.

Semakin Meriah Waktu Makan.

Lapo Sungguh Kambing Kambing ni.

Aku juga kena pikirkan tentang anak anak kambing, kambing kambing bunting, ehmm macam macam lagilah. Serentak dapat semua pengalaman baru. Bagus juga, staff aku boleh belajar cara cara nak menguruskan semua tu sebelum kandang aku mendapat letusan kambing bunting dan juga anak anak kambing.

Dalam banyak banyak kambing di kandang aku ni, aku perhatikan TURBOlah yang paling happy. Sebab dia dapat stok baru. Sesampainya kawanan baru ni, TURBO dah menunujukkan kejantanannya. Syabas TURBO. kau memang hebat. Kalau macam ni punya performance, Insya Allah tahun depan kandang aku akan riuh dengan suara anak anak kambing. Takpe TURBO,  teruskan aku tak marah. Aku suka. Aku suka.

Semoga usaha biak aku terus diberkati oleh ALLAH SWT. Amin. Salam pembiak.

Tuesday, November 11, 2014

Puru Oh Puru

Assalamualaika ya Aiyuhal Insan.....

Setiap penternak kambing, pasti mengidamkan ternakannya berada didalam keadaan sehat, cergas dan memuaskan. Namun semuanya itu adalah mimpi indah yang hanya boleh digambarkan diatas kertas semata mata. Hakikat sebagai seorang penternak, pasti akan ada mehnah dan tribulasi yang bakal menjelma tidak kira walau sebesar mana sekalipun. Inilah yang akan menjadikan penternak itu semakin matang dalam usaha untuk menjadi pembiak sejati. Perghh...letih memikirkan ayat intro.

Sebenonya Aku nak cerita pasal kambing aku TURBO kena puru. Aku yang baru, mentah Dan berhingus nih sibuk talipon, whatapps sana sini tanya cara nak ubatkan penyakit ni. Panik pun ada, gelabah pun ada. Ish penjantan primer tu. Pening juga aku dibuatnya bila key player aku kena penyakit ni.

Puru ataupun dalam inggerisnya contagious ecthyma adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus. Biasanya sering menyerang anak anak kambing. Penyakit ni boleh berjangkit antara kambing dan juga boleh berjangkit kepada manusia. Perlu berhati hati jika perlu mengutil penyakit ini. Seeloknya gunakan sarung tangan sebagai langkah berjaga jaga.

 Setelah aku bertanya beberapa orang rakan penternak, antara cadangan yang aku terima untuk merawat penyakit puru ni ialah
 1) kutil puru dan sapukan dengan ubat luka
 2) sapukan iodin
 3) sapukan getah betik
 4) sapukan lebihan minyak goreng ikan + bawang putih
 5) sapukan lebihan minyak goreng ikan + kunyit hidup.

So Aku ada cuba cara 4 dan 5. Cara nombor 5 menunjukkan kesan yang memberangsangkan. Setelah seminggu, puru yang tumbuh di bahagian kelopak mata TURBO sudah luruh. Mungkin kesan kunyit telah menyebabkan puru tersebut mengecut dan akhirnya luruh. Kalau kita perhatikan semasa menggoreng ikan, jika kita menggunakan serbuk kunyit, ikan goreng kita akan lebih kesin jika dibandingkan dengan ikan yang digoreng tanpa kunyit. Jadi, aku ingat, aku akan menggunakan cara rawatan ini bagi masa masa akan datang kerana kos yang murah Dan bahan yang digunakan mudah dicari. Cuma Aku kena fikirkan cara yang lebih mudah untuk menyapu campuran minyak dan kunyit tersebut.





Kedudukan puru dibahagian kelopak mata TURBO menyebabkan aku takut untuk mengutil puru tersebut. Maka terhasillah minyak kunyit hidup. Allamdulillah, berkat tunjuk ajar daripada rakan penternak dan otai otai sekalian ujian kali ini berjaya dilalui dengan jayanya. Jadi kuncinya disini, kena rajin bertanya. Memang melalui internet dan bahan rujukan kita boleh mengubati penyakit ini, tapi dengan bertanya kita dapat tahu pengalaman rakan rakan pembiak yang lain, dan keputusan yang lebih baik boleh dicapai kerana mereka sendiri pernah menghadapi situasi sebegini.

Sebagai penternak dan pembiak yang baru dalam bidang ini, aku perlu lebih banyak bertanya dan perlu lebih banyak melawat kandang kandang kambing pembiak yang lain supaya lebih banyak ilmu boleh dikongsi bersama seterusnya dapat memajukan lagi industri pembiakan kambing ini walaupun perlu menghadapi pelbagai ujian dan dugaan.

Semoga semua rakan penternak dan pembiak tidak jemu jemu untuk meneruskan usaha membiakkan kambing dengan cara sunnah Anbiya..

Wallahu A'lam....

    

Wednesday, November 5, 2014

TURBO is working

Assalamualaikum dan salam hormat semua.

Turbo is working? Apa yang TURBO buat? Kalau sesiapa yang dah baca post Aku sebelum ini, mereka akan tahu yang TURBO ni nama kambing jantan untuk kandang aku.

Berdasarkan pemerhatian aku yang agak terhad dan report daripada staff aku, sejak kami mulakan gembala, TURBO semakin galak. Mungkin kerana banyak berjalan dan berlari membuatkan dia semakin sehat dan fit. Macam manusia juga, kalau kita tak ada bersenam, badan ni rasa longlai je, kemahuan sex pun kurang.  Rasa LEMAU.

Lagipun dengan lepas meragut, TURBO bebas untuk makan pucuk rumput/daun yang dia suka. Buat dia happy, buat dia feel free. Itulah kelebihan yang Allah sengaja sorokkan daripada kita supaya kita memerhati, mengkaji dan seterusnya dapat aplikasi dalam sistem pembiakan kambing kita. Biarkan mereka bebas, biarkan mereka pijak bumi, biarkan mereka berlari, agar lebih biak kambing kambing kita nanti. Itulah sunnah nabi nabi dan rasul rasul. Semuanya menggembala untuk membiakkan kambing. Kenapa kita harus ragu ragu lagi.

TURBO telah membuktikan kepada kami bahawa tidak sia-sia Aku jadikan dia pejantan primer. Dan waktu paling aktif untuk TURBO ialah waktu malam. WOW! Malam. Mungkin betul la kata alwi, kambing jantan dia aktif waktu malam. Kenapa? Korang boleh baca di sini. Di kandang Aku memang gelap (sengaja aku x masukkan elektrik). Hanya ada lampu daripada rumah pekerja. Waktu malam juga kandang aku memang sunyi. Jadi waktu ini TURBO gunakan sebaik mungkin untuk bekerja. Lantaklah, asalkan bahagia. Biarlah benih TURBO terus berkembang biak di kandang aku dengan kadar yang pantas. Cepat aku boleh dapat hasil.

Go TURBO! Go TURBO! Go TURBO!

Monday, November 3, 2014

Penjantan Primer

Salam Semua,

Penjantan primer. Aku suka tajuk ni. Aku nak kenalkan kepada korang penjantan primer kat kandang Aku. Masa baru sampai, Kambing jantan Aku ni tak banyan ragam. Masa turun dari lori dia tak melawan, macam bagus je. Staff aku tarik naik ke kandang ikut macam dah biasa. Tuan lama dia (Mr Rama) cakap.

 "Abang ni rasi bela Kambing. Tengok itu Kambing, dia ikut saja. Abang memang rasi bela
Kambing."

Aku pun iyakan aja. Bukan aku tak percaya, mungkin kepercayaan dia macam tu. Dan dia pun dah lebih 15 tahun dalam bidang ni. Boleh juga dijadikan panduan.

 Yang penting Aku kena usaha untuk pastikan kambing kambing sehat dan tingkatkan ilmu perkambingan aku. Dalam masa yang sama Aku kena bertawakal kepada Allah moga dipermudahkan segala urusan aku dalam mengikut jejak langkah para Anbiya ni.

Ok let me introduce you my PENJANTAN PRIMER



Inilah PENJANTAN PRIMER kat kandang aku. Staff aku namakan dia "TURBO". 

Masa mula mula sampai, Turbo ni pemalu. Senyap je. Staff aku cakap, " Kalau dia tak buat kerja bang, kita kasik potong je." Ish senang benor dia nak potong kambing aku. Gerun gak aku dibuatnya.
Aku pun buat dono je, dalam hati aku dok cakap-" Turbo stress kot." Tempat baru, Kandang baru. Memang terkejut. Aku yakin, dia mampu buat kerja dia nanti. Kasi Turbo masa. Dia mampu. I believe in you Turbo.

Selamat membiak!

Start Gembala Yeop.....

Salam semua.

Setelah dua minggu kambing aku duduk dalam kandang, aku start gembala. Aku mintak pekerja aku untuk bawa kambing-kambing aku keluar dari kandang. Mula-mula tu Kambing aku malu-malu untuk keluar dari kandang. Tapi ada sekor yang start keluar, semua sibuk nak keluar. Permulaan yang balik bagi aku sebab tak perlu nak halau lebih-lebih. Lagipun kambing yang Aku beli ni semunya dah biasa lepas meragut. Jadi naluri untuk bebas tu dah ada. Cuma kawasan @ kandang baru yang menyebabkan depa ni malu-malu nak keluar. Biasala, kalau kita ditempat baru pun macam tu juga. Rasa risau, takut dan bermacam-macam lagi la.




Mungkin tangga kandang aku ni curam sangat. Gayat agaknya nak turun. Takpe first day nak turun kandang. Belum biasa lagi. Lepas ni pantang buka pintu kot. Terus lari turun.





Aku peratikan kambing-kambing aku ni masih belum ada leader. Kalau ikutkan otai-otai, kambing ni akan ada satu leader untuk depa ni pergi meragut. So sepanjang pemerhatian aku ada sekor kambing betina ni yang dok lead group Kambing Aku ni. Yang jantan, hampeh. Sebok nak makan je.

 So kita pun boleh ambil iktibar Dari sini, sebab Nabi ada berpesan jika kita hendak bermusaffir kita perlu lantik seorang ketua yang sesuai bagi mengepalai kita semasa musaffir. Kambing pun boleh lantik leader kita tak kan tak boleh.

Aku harap dengan mengembala ni boleh mendekatkan Aku dengan yang maha ESA. Amin.


Saturday, November 1, 2014

Kambing Dah Masuk

Salam semua.

Post kali ni aku nak cerita pasal kambing aku dah masuk. Pada 11.10.2014 kandang aku dimeriahkan dengan 5 ekor kambing. 1 ekor jantan dan 4 ekor betina. Buat permulaan ni aku bercadang nak ternak 15-20 ekor kambing sebab aku nak bagi pekerja aku biasa dengan rutin untuk menggembala Kambing.

 Aku nak buat sistem menggembala ni sebab aku nak mengikut sunnah Nabi Muhammad (SAW) yang menggembala kambing. Sistem gembala ni boleh mengurangkan budget aku untuk membeli palet dan juga menjimatkan masa untuk pergi memotong rumput.



Keesokan harinya aku tambah lagi 10 ekor. Jadi jumlah kambing di kandang aku ialah 15 ekor. 1 ekor jantan 14 ekor betina.



Masih banyak lagi ruang kat dalam kandang Aku ni. Kalau ikut otai-otai yang dah lama menternak kambing, kandang Aku ni boleh memuatkan 80-90 ekor kambing dalam satu masa. Jadi Aku harap kambing Aku ni cepat-cepat membiak. Kalau nak cepat beli je lagi senang. He he.

What a wonderful to have Kambing. Mbekkkkkkkk.







Salam Perkenalan


Salam buat semua penternak Kambing seantero Malaysia.

Pertama-tamanya Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya Aku diberikan kekuatan untuk memulakan ternakan kambing.

Untuk permulaan ini, Aku bina kandang kambing aku 30'X40'. Aku buat besar ni sebab Aku ikut saiz reban ayam sepupu aku. Jadi aku terus ikut design yang sedia ada supaya tak banyak kerja ubah suai yang perlu dibuat.




Aku buat 12 petak beranak. 6 petak di setiap bahagian kandang. Setiap petak sebesar 5'X5'. Jadi ruang tengah kandang aku kosong. Kambing boleh bersenam sepuas-puasnya.



Untuk palung makanan aku buat boleh ubah supaya aku boleh alihkan palung makanan tu mengikut kesesuaian semasa. Jadi aku boleh letak di mana yang aku suka.Lantai pulak aku buat agak jarang, lebih kurang 1 inci supaya pekerja aku tak perlu sampu tinja kambing setiap hari.

Aku harap segala usaha aku ini akan diberkati oleh Allah. Amin.