Wednesday, March 18, 2015

HERE COME NEW HERO

Assalamualaikum warga penternak !

Pada tanggal 8hb Mac 2015, kandang aku telah menerima seekor hero baru. Aku beli hero ni untuk aku jadikan penjantan sekunder di kandang aku. Aku rasakan TURBO tidak mampu menjalan tangungjawabnya dengan jayanya tanpa ada pesaing. Jadi aku buat keputusan untuk tambah lagi seekor pejantan sebagai pesaing kepada TURBO. Baru TURBO akan bersungguh sungguh sikit.

Masa aku mula mula sampai di kandang kambing seorang kenalan di kampung, aku telah terhidu bau hamis yang kuat. Aku menyangkakan bau hamis ini datang daripada kandang "breeder". Telahan aku telah salah kerana bau hamis ni datang daripada kambing jantan yang telah diasingkan.

Gaya Seekor Jaguh

Aku tengok kambing jantan ni ada harapan jadi jaguh. Dengan telur yang sama besar, badan yang tegap, ada muscle, dada yang bidang, layak untuk jadi pejantan di kandang aku. Aku nak jadikan " dia" ni pejantan sekunder di kandang aku. Dengan umur x sampai 2 tahun lagi, aku yakin hero baru ni mampu membuntingkan banyak kambing betina di kandang aku.

Aku setuju untuk membeli jantan ini dan minta untuk di hantar ke kandang aku pada hari yang sama. Aku tak boleh nak bawa naik kereta sebab aku datang dengan kereta adik aku. Lagipun aku nak minta rakan aku ni tengok tengokkan kandang aku yang sekarang ni sedang dilanda fenomena kutu dan sengkenit.

Lebih kurang jam 2.00 petang hero baru aku ni telah sampai di kandang. First impression, semua kambing betina telah datang untuk menghidu bau hamis hero aku ni. Good sign. Warm welcome. Masa tu aku dah asingkan TURBO di dalam petak beranak. Agak kecewa TURBO kerana telah diasingkan. Hanya beberapa minit di kandang hero baru aku ni telah menunjukkan kejantanannya. Bagus, tak sia sia aku beli kamu. Jadi aku dan staff aku setuju untuk namakan hero baru aku ni "RAMBO". Sesuai dengan gelagatnya. Langgar apa yang ada. hehe

RAMBO dan staff aku.
Memang RAMBO tak sabar sabar. Mungkin dah berpuasa lama. Sewaktu aku lepaskan dia untuk meragut, habis semua betina tak senang untuk makan. RAMBO berjaya pada waktu meragut. Bagus RAMBO. Usaha lebih lagi. Kalau macam ni performance RAMBO ada harapan kandang aku akan meriah dengan teriakkan anak anak kambing pada bulan Ogos nanti. Ya Allah ko berkati usaha RAMBO.

Pemilihan pejantan penting untuk memastikan program pembiakan kambing bagi sesebuah kandang.  Tanpa pejantan yang aktif, pembiakan kambing boleh menjadi lambat dan akan merugikan penternak. Bagi penternak baru aku syorkan agar dapat membuat penilaian yang teliti semasa memilih baka.

Semoga berjaya semua. Wassalam

No comments:

Post a Comment