Thursday, February 19, 2015

IBU KAMBING DAN KAMBING BUNTING

Assalamualaikum semua penternak.

Aku beli kambing tua dan juga kambing bunting. Ada sebab mengapa aku pilih ibu kambing dan  juga kambing bunting. Aku mahukan hasil yang cepat. 34 ekor kambing betina yang aku beli, 70 peratus daripadanya adalah ibu kambing dan kambing bunting. Cuma 30 peratus kambing dara. Jadi dalam tempoh 3 bulan menternak kambing, kandang aku dah berjaya mendapat 10 ekor anak. Jika semuanya diizinkan Allah, 6 bulan atau 7 bulan daripada sekarang aku sudah boleh mendapat hasil jualan anak-anak kambing. Aku berjaya singkatkan tempoh tuaian hasil jualan kambing. Idea ini berbaloi. Kurang daripada setahun aku sudah boleh mendapat hasil jualan. Cuma jika aku bercadang untuk menjual kambing bagi ibadah qurban atau aqiqah, aku perlu tunggu sehingga penghujung tahun 2016. 

Peringkat permulaan ini aku bercadang untuk menjual kambing muda, Kambing yang berumur kurang daripada 1 tahun ataupun sudah mencapai berat 25 kg. Kos makanan dapat dijimatkan dan juga kesesakan kandang dapat dielakkan. Dengan keluasan yang sedia ada dan juga kadar kelahiran 50-50, aku menjangkakan kandang aku boleh bertahan sehingga 2 ke 3 tahun tanpa perlu untuk menambah keluasan kandang. Bagi seorang penternak, kos membina kandang amat besar dan boleh membabitkan 70-80 peratus daripada keseluruhan operasi.

Antar anak anak kambing yang lahir setelah 3 bulan operasi.

 Mungkin agak susah untuk mencari jualan ibu kambing ataupun kambing bunting. Tapi kalau kena dengan harganya mungkin tidak susah untuk kita mencarinya. Walaupun ibu kambing yang aku beli sudah beranak 2 atau 3 kali, tapi semua tu kita boleh cover jika ibu kambing tu masih boleh beranak 4 ke 5 kali lagi. Masih boleh untung.

Tidak semua penternak bersetuju dengan idea aku ni, tetapi ini sahaja cara yang agak berkesan untuk aku singkatkan masa penuaian hasil daripada ternakan kambing pedaging. Walaupun modal besar sikit, cash flow kena diutamakan. Bagaimana nak dapatkan cash dalam masa yang singkat. Dengan sistem semi-intensif, sistem gembala, tenakan kambing pedaging boleh memberikan keuntungan yang optimum kepada seorang penternak. Aku kurang pandai dalam bidang ekonomi ni, yang aku faham kalau masuk banyak daripada keluar, itu boleh bagi keuntungan.

Sistem gembala boleh menjimatkan kos makanan

Kepada semua penternak baru, aku ingin nasihatkan, fikir fikirkan strategi anda. Kena rancang segalanya dengan betul betul. Minta nasihat dan pandangan daripada penternak penternak lama. Terjah kandang mereka. Insha Allah usaha anda untuk menternak akan dipermudahkan.

Selamat menternak...


Tuesday, February 3, 2015

SOP DI KANDANG

Assalamualaikum...

Salam kepada semua warga pembiak kambing..sejak akhir akhir ni sibuk sikit dengan kerja kerja aku sampai blog pun tak sempat nak up date. Sekarang ni nak Chinese New Year, so banyak kereta terpakai yang diimport kena clearkan di Port. Maklumlah ramai car dealer nak kejar sale sebelum raya. Pelik betul aku, asal nak raya je semua sibuk nak tukar kereta baru. Kalau tak tukar tak boleh raya ke? Masih tertanya tanya...

Kali ni aku nak cerita sikit tentang SOP yang aku buat kat kandang aku. SOP ni aku buat supaya senang untuk staff aku bekerja dan juga senang untuk aku kawal sebarang masalah yang jadi. Secara umumnya, SOP ni kita perlu adakan supaya setiap orang boleh melakukan sesuatu pekerjaan tanpa perlu dipantau sepenuhnya kerana telah ada panduan panduan yang boleh membantu seseorang tersebut dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

SOP yang pertama, anak kambing. Aku dah pesan kat staff aku supaya ibu dan anak kambing ditempatkan dipetak beranak sampai anak kambing tu berumur 2 minggu. Tapi ibu kambing dibebaskan untuk meragut setelah seminggu lepas beranak. Semasa seminggu tu beri ibu kambing makan rumput yang dipotong. SOP ini akan aku ubah mengikut keperluan kerana sekarang ini kambing kambing aku masih sedikit. Setelah dua minggu anak anak kambing dan ibu kambing akan ditempatkan di petak yang luas dan dicampurkan dengan ibu ibu dan anak anak kambing yang lain. Hanya ibu kambing yang garang sahaja aku asingkan dipetak beranak kerana bimbang akan mencederakan anak anak kambing yang lain.

Anak dan ibu kambing dikurung di dalam petak beranak berasingan selama 2 minggu.




Anak anak kambing diletakkan bersama sama di dalam petak yang lebih besar setelah berumur 2 minggu

SOP yang kedua, kambing kambing aku perlu di lepaskan meragut dan digembala sekurang kurangnya 3 jam sehari. Cuma jika hujan, waktu meragut mungkin berkurangan dan staff aku akan tambah rumput potong bagi menampung rumput yang kurang pada hari itu. Tujuan dilepaskan untuk gembala adalah bagi memberi peluang kepada kambing kambing untuk bersenam dan release stress setelah duduk di dalam kandang. Selain itu staff aku pun tak perlu untuk memotong rumput yang banyak untuk diberikan kepada kambing.

Kambing dilepaskan meragut setiap hari minima 3 jam.
Sentiasa digembala. Tidak dibiarkan sendirian
Buat masa ini kandang aku hanya melepaskan kambing pada waktu petang. Selapas zohor. Jadi pekerja aku boleh gunakan waktu pagi untuk mengambil upah memotong buah sawit, meracun kebun atau upah menebang pisang. SOP ini amat sesuai bagi penternak baru, kerana mereka perlu untuk mencari pendapatan sampingan sementara menunggu anak anak kambing boleh dijual.

SOP ketiga, hanya anak anak kambing yang sudah berumur 3 bulan ke atas dibenarkan untuk mengikut ibunya meragut. Anak anak kambing ni kalau dibiarkan untuk ikut sama meragut akan timbul banyak masalah. Kurang berani untuk melompat parit. Jadi pengembala perlu berikan lebih perhatian untuk anak anak kambing ini. Akan melambatkan pergerakan kumpulan kambing. Jadi anak anak kambing ini perlu di asingkan dan ditinggalkan di kandang semasa ibunya pergi meragut. Suasana agak bising pada mulanya, tapi setelah ibu ibu kambing hilang daripada pandangan akan senyap dan lekalah bermain semula.

Anak kambing yang berumur bawah 3 bulan ditinggalkan semasa ibu kambing meragut.

Cukup dulu buat masa ini. Ini antara perkara asas yang perlu aku tekankan kepada staff aku supaya operasi kandang boleh berjalan dengan lancar walaupun aku tak ada di sana. Semoga SOP ini boleh memudahkan pekerja aku untuk menjalankan tugasan harian bagi membiakkan kambing kambing di kandang aku.

Sekian wassalam.

Sunday, January 18, 2015

SELAMAT DATANG 2015

Assalamualaikum semua rakan pembiak sekalian.
 
Aku harapkan kalian semua sehat sejahtera dibawah naungan Allah SWT. Aku nak ucapkan takziah kepada penternak di Pantai Timur dan juga di kawasan Perak Tengah kerana telah diduga dengan banjir pada tahun 2014. Semoga ujian yang datang menjadikan kalian lebih tabah dan menjadi orang yang sabar.
 
Lama dah tak up date blog aku ni. Agak sibuk hujung tahun 2014.
 
Hujung 2014, aku dan isteri diberikan kesempatan untuk menziarah "Haramain", dua Tanah Haram. Alhamdulillah kami dijemput untuk mengerjakan Umrah pada tahun 2014. Insha Allah, jika diberikan rezeki, kami berazam nak pergi lagi untuk tahun 2015 ini. Amin.
 
Sepanjang peninggalan aku ke Tanah Suci, macam macam yang terjadi kat kandang aku. Seekor kambing betina aku demam. Lepas tu terus murung dan pekerja aku terpaksa sembelih demi mengelakkan kerugian. Lepas tu aku diuji pula dengan tebuan. Semua kambing yang turun mengembala telah disengat tebuan. Mujur brother vet datang bantu untuk berikan suntikan. Huru hara staff aku dan bapak aku dibuatnya. Brother vet tu suntik "antropine". So sejam kemudian kambing kambing aku dah mula senyap. Cuma ada beberape ekor yang kena sengat agak banyak masih mengaruk. Kesian kat kambing kambing aku. Mujur la staff aku tak kena. Kalau dia yang kena, lagi pening kepala aku dibuatnya.
 
Bulan Januri ni aku dikurniakan dengan 8 ekor anak kambing. 4 ekor betina 4 ekor jantan. So total aku terima 9 ekor kambing baru. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Pembakar semangat buat aku dan juga staff aku. Memang dia lebih seronok bila kandang aku dah mula penuh dengan anak anak kambing.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semua ini adalah anak anak kambing bulan Januari. Alhamdulillah semuanya sehat sehat belaka. Cuma kelahiran kali ini bukan daripada penjantan kandang aku. Kebanyakan ibu kambing yang beranak kali ini semuanya memang sudah bunting semasa sampai kandang aku. Harap semuanya boleh terus hidup sehat.
 
Sementara tu "MIMI" anak kambing yang lahir pada awal bulan Disember lepas dah semakin sehat. Cuma tali pusatnya belum gugur lagi. Dah sebulan masih belum gugur. Aku pun pelik juga. Lama betul. Mesti degil MIMI ni. Kalau manusia, tali pusat lambat gugur orang kata degil. Hehehe. Betul ke tidak, aku pun tak tahu.
 
 
 
Berat MIMI dah capai 5Kg. Menarik juga kadar pembesaran MIMI. Sebab dia seekor je. So dalam masa sebulan dah naik 3Kg. Bakal menjadi induk di kandang aku. Anak anak betina kali ni aku cadang nak jadikan induk. Mudah mudahan dikurnaiakan kesihatan dan panjang umur.
 
 
Semoga terus hidup sehat dan membiak dengan cepat. Banyak lagi yang perlu aku pelajari. Otai otai sekalian, tunjuk ajar ku.
 
 
Wassalam...


 
 
 
 
 
 

Tuesday, December 9, 2014

SERONOKNYA MENGEMBALA HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum...

Aku sempat bawa kambing aku mengembala lebih kurang 2 jam 1/2. Memang seronok. Pukul 3.00 petang aku sampai kandang semua dah sibuk duduk depan pintu kandang. Hari ni aku gembala sengsorang sebab staff aku pergi keluarkan buah sawit dari kebun abang ipar aku yang dipetiknya waktu pagi tadi. Masyukkk...staff aku le. Aku memang benarkan dia untuk buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan dia. Aku tak mampu nak menggajikan dia lebih lebih. Aku dah cakap awal awal dengan dia masa dia mula kerja dengan aku. Sebab itu aku pilih waktu petang untuk gembala. Jadi dia boleh buat part time waktu pagi. Petang ni exception, aku benarkan dia pergi keluarkan buah waktu pagi. Selalunya memang aku tak bagi. Apsal aku melalut cerita pasal staff aku plak ni. Aku nak cerita pasal mengembala.

Masa aku gembala, memang syok. Tengok kambing berlari kejar pucuk pucuk muda. Macam tak makan sehari. Pulun selagi boleh. Patut la staff aku marah masa kambing monyok lepas kena vaksinasi haritu. Dia tak boleh gembala. Hilang ubat tenang. Memang boleh hilang stress. Gelagat kambing yang berlari lari tu jadikan kita tenang. Memang agak panas. Tapi semua tu tak terasa. Masa tu kalau kita betul betul hayati, kita boleh memerhatikan kejadian yang Allah cipta, kebun menghijau, langit biru, burung berterbangan, angin bertiup, semuanya boleh mengingatkan kepada kekuasaan Allah menjadikan semua tu. Tanpa perancangan ALLAH yang rapi, pasti semunya akan lintang pukang dan carca merba. Syok beb, kalau berkesempatan korang boleh ikut join sekali.











Dalam banyak banyak part mengembala ni, aku suka tengok kambing kambing ni masa nak melompat parit. Mujurlah anak kambing yang bawah dua bulan ( dapat masa beli kambing ) aku tak bawa. Kalau tak, aku le yang kena rescue. Ada seekor yang tak yakin dia boleh melompat. Jadi dan mengarok panggil ibunya. Ibunya tengah sedap mencekik. Hehe.

Satu lagi aku suka masa gembala ni, aku dapat dok senyap dan dapat sumbat telinga aku ni dengan suara burung ( burung gagak ), dan angin. Jadi semasa kita dok sengsorang ni, kita boleh bayangkan tika kita dok sengsorang kat dalam kubur, tiada siapa yang boleh tolong. Hanya amalan soleh sahaja yang dapat membantu. Kena banyak muhasabah diri, kena selalu berdoa dengan Allah, selalu berhubung dengan Allah. Kalau kita taat kepada Allah, barulah senang kita nak menggembala kambing. Insha Allah, kambing kambing kita pun akan taat kepada kita.





Laju betul kambing kambing aku ni berjalan. Kekadang jauh benor aku kena tinggal. Nampak sangat fitness aku dah menurun. So menggembala boleh mengembalikan fitness aku. Hahaha...dah tuo aku ni. Takpe yeop pelan pelan jalan. Jangan nak menggelabah. tak kemana kambing tu. Depa main main dekat dekat sini je.

So bila aku tengok kambing kambing aku dah kenyang, aku ajak kambing kambing aku balik. Just sebut "BALIK!", kambing aku angkat kepala dan terus beratur balik ke kandang. Alhamdulillah, dengor kata kambing kambing aku ni.

So sama samalah kita berusaha membiakkan kambing dengan cara menggembala. Ada kelebihan yang kita sendiri tak tahu. Kalau tak, masakan Allah jadikan para Anbiya pengembala kambing. Bebaskan kambing anda semua. Anda akan dapat lihat kelebihannya nanti.

Wassalam

Monday, December 8, 2014

ANAK KAMBING YEOP

Salam Sejahtera kepada semua pembiak Kambing Semalaya,

Pada tanggal 06.12.2014, kandang aku digemparkan dengan kehadiran anak kambing baru. Kambing yang aku beli pada 26.11.2014 haritu dah beranak. Staff aku call lebih kurag jam 12.43 tengahari. 

" Abang ada berita gembira. Si putih yang bunting tu dah beranak. Anaknya seekor. Aku biarkan aja si Putih itu jilat anaknya ya. "

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Rabbul Jalil kerana telah mengurniakan aku dengan seekor anak kambing betina. Aku masih lagi di Kuala Lumpur. Memang aku bercadang nak balik ke kampung sebab aku nak berjumpa dengan orang tua aku sebelum aku berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Juga nak hantar ubat mata untuk kambing aku yang diserang sakit mata yang agak teruk.

Pagi Ahad baru aku balik ke kampung, jumpa bapa aku dan aku terus ke kandang. Berdebar debar juga sebab first time aku nak tengok anak kambing yang aku sendiri bela. 28 tahun dulu aku pernah tunggu kambing abang sepupu aku beranak. Sampai aku kena marah dengan arwah Mak aku. 

" Kenapa nak sibuk sibuk tengok kambing tu beranak. Pandai la dia nak beranak. Lain kali jangan memandai mandai nak tengok kambing tu beranak lagi. "

Cantik juga anak kambing aku ni. Berat 2.0 kg. Nampak kecik. Aku angkat rasa ringan. Tapi bila timbang tak percaya boleh dapat 2.0 kg. Aku timbang tiga kali, IKut macam sensei aku pesan masa belajo kat Universiti dulu. Baru kita boleh dapat berat yang tepat.Masa tu aku memang malas nak buat. Banyak mengelat.




Sekali pandang, bulu anak kambing aku ni macam ada darah boer. Mungkin ada kot. Sebab penjatan kat kandang Pak cik Din tu memang kacukan boer. Insha Allah, aku memang harap anak kambing ni boleh jadi induk untuk koloni kambing aku ni. Apa nama yang sesuai ye? Aku ingat nak namakan dia ni MIMI dan maknya MAMA. Aku nak ikut nasihat mentor aku untuk bubuhkan nama pada induk bior susunya lebih sikit. Sebab menurut sifu aku, kajian di Belanda mendapati lembu yang diberi nama menghasilkan susu yang lebih banyak. Peratusannya aku tak ingat. Boleh rujuk di Blog Alwi.
 
Pada pemerhatian aku anak dan ibunya sihat. Cuma aku tengok pernafasan maknya agak laju. Mungkin masih penat lagi kot. Betul ke otai otai sekalian? Aku risau gak sebab kalau aku tengok kambing kambing aku yang lain takde le bernafas laju sangat. Ibu kambing ni pun duduk je aku tengok. So aku suruh dia bangun bior anaknya dapat menetek. Penting untuk anaknya dapat susu yang banyak. Baru lebih sihat, baru cepat besar.

Kawan kawan aku pesan, seminggu pertama ni kena bagi perhatian kat ibu dan anaknya. Luka ibunya tu seelok eloknya disembur dengan iodin. Tali pusat anaknya pun elok disembur dengan iodin bagi mengelak bakteria yang boleh menyebabkan sakit sendi. Lepas tu tinja anak kambing ni macam paste, so kena bersihkan. Aku tengok maknya pandai jilat. So tak perlu nak menyibuk sangat. Bagus juga beli induk yang dah pernah beranak ni. Sekurang kurangnya kita tak perlu sangat nak beri perhatian. Kalau tak, jenuh nak check sepanjang waktu. Macam jaga bayi baru lahir le pulak.

Waktu petang, aku jumpa makcik aku. Aku ceita aku dapat anak kambing betina. 

" Nak biak la tu. Orang selalu kata, kalau dapat anak betina, tandanya ternakan kita nak biak. Buat le elok elok. Aku doakan moga berjaya. Dapat gak aku menumpang esok "

Aku senyum je. Amin...mudah mudahan doa mak cik aku dikabulkan oleh Allah. Aku berharap dengan kelahiran anak kambing ni boleh menambahkan lagi pengalaman aku dan staff aku yang sama sama masih belajo dalam bidang pembiakan / ternakan kambing ini. Semoga usaha murni aku dan semua rakan pembiak yang lain dipermudahkan dan diberkati oleh Allah S.W.T. 

Majulah ternakan kambing untuk negara.

Wassalam.

Saturday, December 6, 2014

ALWI IN THE HOUSE

Assalamualaikum semua.

"Sesiapa yang berkelapangan pada hari Sabtu ni 29/11, jemputlah datang ke kampung aku di Bagan Datoh. Anak sedara aku kawin"

Itulah ayat yang aku guna masa dok chatting di whatApps dengan kawan kawan aku. Jemputan aku itu telah membuka hati Alwi, seorang rakan penternak yang selalu aku jadikan rujukan dan sumber aspirasi dalam memulakan ternakan kambing ni.

Dan tak sangka jemputan aku disahut.. Hari Sabtu pagi, pukul 11.30 am dapat call dari Alwi.. " Aku dah kat Langkap ni, berapa jauh lagi dari tempat kau." Wahhhh.. ini sangat baik.. macam mimpi. Selalu dalam alam maya. Ini meet in person terus. Aku terus bagi arah nak ke rumah aku...

Dah sampai Alwi ke Bagan Datoh.. Jemput makan dulu.. Kasi tank full dulu baru cerita lain. Tapi aku minta maaf jugala kat Alwi sebab tak dapat nak layan betul betul.. orang ramai .. so kena divide attention. Lepas makan kebetulan mertua aku nak melawat kandang ( aku menantu sulung and satu satunya menantu lelaki, maka mertua  memang bagi full support ). Beraraklah kami menuju ke kandang. Lecah sekit sebab baru lepas hujan pagi tu..Sorryla gambar tak ada sebab masa tu hp bateri kiok.

Alwi banyak jugakla ambil gambar.. so nak tengok gambar sila refer ke blog Alwi hehehehe...Aku ambil peluang la tanya macam macam.. ini kira 1st time rakan gembala datang melawat.. dah tu yang paling senior dari segi pengalaman dalam group wassup aku.. Macam mentor datang melawat jugakla. Cuma masa agak terhad. aku nak tanya lebih lebih pun segan. Maklumla baru jumpa. Insha Allah aku akan pergi ke kandang Alwi nanti. Masa tu aku tanya kat dia habis habis....bolehkan Alwi?

Bersama keluarga mentua dan anak anak sedara aku yang syok mengejar kambing dan Alwi ..seronok juga bersembang dalam kandang kambing hehehhee.. macam kena letak pangkin aje.

Ada dalam sejam jugakla lawatan Alwi.. Terima kasih bebanyak kerana sudi datang melawat. Aku budak baru belajar. So kedatangan Alwi betul betul dihargai. Bagi semangat kat aku.

Kepada rakan rakan, kalau ada kesempatan sila la jenguk ke kandang aku di Bagan Datoh...You are alway welcome.....

Friday, December 5, 2014

KAMBING SAKIT MATA

Assalamualaikum semua.

Berasap..berasap..pedih...pedih..Itulah suasana kandang aku bila waktu senja. Lemas dan rimas dibuatnya. Itulah agaknya perasaan kambing kambing aku. Semuanya aku buat demi kesejahteraan dan keselesaan. Waktu senjalah nyamuk banyak keluar untuk mencari mangsa. Mujur nyamuk tiruk (perang). Kalau aedes, confirm kambing aku kena denggi, confirm jabatan kesihatan akan datang sembur asap kat kandang aku. Haru Yeop.
 
Kambing aku kena sakit mata. Ada yang dah agak kronik sampai matanya dah ada selaput putih. Pelik jugak sebab sebelum rombongan JPV datang semua ok jer. Adakah sebab stress? Boleh sakit mata ke kalau stress. Atau disebabkan oleh asap yang selalu staff aku buat tika waktu senja. untuk makluman, staff aku guna tandan sawit untuk perasap kandang aku. Asapnya boleh sampai pagi katanya. Agaknya kambing dah overdose dengan asap. Sampai mata pun jadi putih. Yang batuk pun ada. So aku dah minta dia stop perasap kandang. Nak tengok keadaan kambing aku jadi macam mana.

 
Kambing Yang diserang sakit mata. Aku dah sembur dengan Terramycin "Pinkey Eye"


 
Kambing yang terkena sakit mata tu aku telah sembur dengan Terramycin " Pinkey Eye ". Ada yang advise aku supaya basuh dengan air garam yang suam, kemudian baru sembur dengan " pinkey eye spray " tu. So aku ikutkan advise yang depa yang otai otai tu. Maklumlah aku baru belajo. Bagus juga ada kengkawan macam gini. Boleh tunjuk ajar, walaupun aku tak pernah jumpa secara bersemuka tapi depa sanggup share nasihat, share maklumat. Semuanya kerana kami melakukan perkara yang sama, membiak kambing cara gembala.
 
Aku harap kambing aku ni boleh cepat sembuh, baru senang nak pergi gembala. Macam mana nak tengok rumput / daun daun fresh kalau mata dah kelabu sebelah.
 
Aku ada juga pesan dengan staff aku supaya jangan biarkan kambing yang sakit mata ni bercampur dengan yang lain. Kuarantinkan sehingga matanya pulih. Takut berjangkit dengan yang lain pula. Kena la staff aku kerja lebih sikit. Kena bagi rumput pada yang kena kuarantin. Sabor je la. Insha Allah baik le tu nanti. Boleh pergi meragut dengan yang lain nanti.
 
Kepada pembiak kambing semua, teruskan usaha murni anda.