Sunday, January 18, 2015

SELAMAT DATANG 2015

Assalamualaikum semua rakan pembiak sekalian.
 
Aku harapkan kalian semua sehat sejahtera dibawah naungan Allah SWT. Aku nak ucapkan takziah kepada penternak di Pantai Timur dan juga di kawasan Perak Tengah kerana telah diduga dengan banjir pada tahun 2014. Semoga ujian yang datang menjadikan kalian lebih tabah dan menjadi orang yang sabar.
 
Lama dah tak up date blog aku ni. Agak sibuk hujung tahun 2014.
 
Hujung 2014, aku dan isteri diberikan kesempatan untuk menziarah "Haramain", dua Tanah Haram. Alhamdulillah kami dijemput untuk mengerjakan Umrah pada tahun 2014. Insha Allah, jika diberikan rezeki, kami berazam nak pergi lagi untuk tahun 2015 ini. Amin.
 
Sepanjang peninggalan aku ke Tanah Suci, macam macam yang terjadi kat kandang aku. Seekor kambing betina aku demam. Lepas tu terus murung dan pekerja aku terpaksa sembelih demi mengelakkan kerugian. Lepas tu aku diuji pula dengan tebuan. Semua kambing yang turun mengembala telah disengat tebuan. Mujur brother vet datang bantu untuk berikan suntikan. Huru hara staff aku dan bapak aku dibuatnya. Brother vet tu suntik "antropine". So sejam kemudian kambing kambing aku dah mula senyap. Cuma ada beberape ekor yang kena sengat agak banyak masih mengaruk. Kesian kat kambing kambing aku. Mujur la staff aku tak kena. Kalau dia yang kena, lagi pening kepala aku dibuatnya.
 
Bulan Januri ni aku dikurniakan dengan 8 ekor anak kambing. 4 ekor betina 4 ekor jantan. So total aku terima 9 ekor kambing baru. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Pembakar semangat buat aku dan juga staff aku. Memang dia lebih seronok bila kandang aku dah mula penuh dengan anak anak kambing.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semua ini adalah anak anak kambing bulan Januari. Alhamdulillah semuanya sehat sehat belaka. Cuma kelahiran kali ini bukan daripada penjantan kandang aku. Kebanyakan ibu kambing yang beranak kali ini semuanya memang sudah bunting semasa sampai kandang aku. Harap semuanya boleh terus hidup sehat.
 
Sementara tu "MIMI" anak kambing yang lahir pada awal bulan Disember lepas dah semakin sehat. Cuma tali pusatnya belum gugur lagi. Dah sebulan masih belum gugur. Aku pun pelik juga. Lama betul. Mesti degil MIMI ni. Kalau manusia, tali pusat lambat gugur orang kata degil. Hehehe. Betul ke tidak, aku pun tak tahu.
 
 
 
Berat MIMI dah capai 5Kg. Menarik juga kadar pembesaran MIMI. Sebab dia seekor je. So dalam masa sebulan dah naik 3Kg. Bakal menjadi induk di kandang aku. Anak anak betina kali ni aku cadang nak jadikan induk. Mudah mudahan dikurnaiakan kesihatan dan panjang umur.
 
 
Semoga terus hidup sehat dan membiak dengan cepat. Banyak lagi yang perlu aku pelajari. Otai otai sekalian, tunjuk ajar ku.
 
 
Wassalam...


 
 
 
 
 
 

4 comments:

  1. Come2 weh kambing demo,tahniah.Ambo gak masih dok perang ngan lumpur tak abih2 lagi.Walau apa pun banjir ni mengajar segala gala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tok Ba, Syukur Alhamdulillah. Rezeki tahun baru. Dugaan yang datang boleh menjadikan kita sentiasa ingat kepada Nya. Harap banyakkan bersabar

      Delete
  2. cantiknya anak kambing kembar pada gambar pertama tu. tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Seronok dapat menimang anak kembar.

      Delete