Wednesday, May 27, 2015

Sifat Rendah Diri Dalam Menternak Kambing

Assalamualaikum wahai sekalian umat Muhammad ( S.A.W )

Lama dah tak update blog aku ni. Aku terlalu sibuk melayan kerenah kambing kambing yang mengalami pelbagai dugaan. Serangan kutu, kecacingan dan macam macam lagi.

Kenapa sifat rendah diri penting dalam ternakan kambing ini. Sejak kebelakangan ini, sering kali aku dapat pujian daripada rakan rakan yang mengatakan bahawa ternakan kambing aku elok, anak anak kambing cantik, memang menjadi ternakan kambing kau ini. Semua itu membuatkan aku berada di awang awangan dan merasakan diri ini macam sudah terlalu bagus. Aku sudah sedikit lupa dan hilang fokus tentang tujuan aku untuk menternak kambing. Bukan untuk bermegah megah, tetapi adalah untuk mengikut sunnah nabi S.A.W. Jika itu yang aku niatkan, aku tidak boleh untuk membangga diri, kerana sifat mazmumah itu amat dibenci oleh nabi.

Natijah daripada sifat bangga aku itu, aku diuji dengan serangan kutu di kandang dan kecacingan. Memang kutu babi banyak sangat melekat di telinga kambing kambing aku. Kesian aku tengok. Bayangkan kalau seekor kutu babi melekat di badan kita, mahu seminggu rasa demamnya. Inikan berpuluh puluh ekor. Lagi teruk dibuatnya. Sebagai satu langkah pencegahan, aku telah mandikan kambing kambing aku dengan racun yang mengandungi amitraz. Bancuhan yang aku buat adalah 60ml : 18 liter air. Alhamdulillah, ada penguragan bilangan kutu di kambing kambing aku. Akan diulangi setelah 2 minggu. Aku juga telah mencuci kandang aku dengan bancuhan yang sama. Moga kandang dan kambing akan bebas dari wabak kutu

Staff aku Yusoff sedang mencuci kandang. Good Job
Dengan kehadiran kutu  kutu di kandang aku ini, aku telah diperkenalkan dengan kumpulan penyelidik kutu dari Universiti Malaya. Mereka ini mengkaji tentang kutu kutu yang boleh membawa wabak penyakit bukan kepada binatang malah kepada manusia juga. Sebelum ini mereka telah mengkaji kutu kutu yang didapati daripada kawasan hutan yang berhampiran dengan kediaman orang asal. Sekarang mereka ini mengkaji kutu kutu yang terdapat di haiwan ternakan dan mengkaji implikasi kutu kutu ini terhadap kesihatan haiwan ternakan. 

Tekun mengumpul kutu dari kambing


Yusoff pun tidak ketinggalan membantu Dr Jing Jing mengumpul kutu.
Jadi aku rasa tidak perlu kita mendabik dada, membesar diri bila ternakan kita berada dalam keadaan sihat walafiat. Semua itu kuasa Allah. Kita perlu ingat, bukan kita yang berkuasa menjadikan kambing kita itu sihat, cantik, gemuk. Allah yang berkuasa. Allah juga yang berkuasa untuk menjadikan kambing kita itu sakit dan sebagainya. Mohon ampun kepada Allah cepat cepat. Agar diri kita dapat dijauhkan daripada sifat mazmumah ini.

Ke arah 100 ekor induk kambing gembala yang sihat walafiat.....


1 comment: