Assalamualaikum semua penternak.
Aku beli kambing tua dan juga kambing bunting. Ada sebab mengapa aku pilih ibu kambing dan juga kambing bunting. Aku mahukan hasil yang cepat. 34 ekor kambing betina yang aku beli, 70 peratus daripadanya adalah ibu kambing dan kambing bunting. Cuma 30 peratus kambing dara. Jadi dalam tempoh 3 bulan menternak kambing, kandang aku dah berjaya mendapat 10 ekor anak. Jika semuanya diizinkan Allah, 6 bulan atau 7 bulan daripada sekarang aku sudah boleh mendapat hasil jualan anak-anak kambing. Aku berjaya singkatkan tempoh tuaian hasil jualan kambing. Idea ini berbaloi. Kurang daripada setahun aku sudah boleh mendapat hasil jualan. Cuma jika aku bercadang untuk menjual kambing bagi ibadah qurban atau aqiqah, aku perlu tunggu sehingga penghujung tahun 2016.
Peringkat permulaan ini aku bercadang untuk menjual kambing muda, Kambing yang berumur kurang daripada 1 tahun ataupun sudah mencapai berat 25 kg. Kos makanan dapat dijimatkan dan juga kesesakan kandang dapat dielakkan. Dengan keluasan yang sedia ada dan juga kadar kelahiran 50-50, aku menjangkakan kandang aku boleh bertahan sehingga 2 ke 3 tahun tanpa perlu untuk menambah keluasan kandang. Bagi seorang penternak, kos membina kandang amat besar dan boleh membabitkan 70-80 peratus daripada keseluruhan operasi.
Mungkin agak susah untuk mencari jualan ibu kambing ataupun kambing bunting. Tapi kalau kena dengan harganya mungkin tidak susah untuk kita mencarinya. Walaupun ibu kambing yang aku beli sudah beranak 2 atau 3 kali, tapi semua tu kita boleh cover jika ibu kambing tu masih boleh beranak 4 ke 5 kali lagi. Masih boleh untung.
Tidak semua penternak bersetuju dengan idea aku ni, tetapi ini sahaja cara yang agak berkesan untuk aku singkatkan masa penuaian hasil daripada ternakan kambing pedaging. Walaupun modal besar sikit, cash flow kena diutamakan. Bagaimana nak dapatkan cash dalam masa yang singkat. Dengan sistem semi-intensif, sistem gembala, tenakan kambing pedaging boleh memberikan keuntungan yang optimum kepada seorang penternak. Aku kurang pandai dalam bidang ekonomi ni, yang aku faham kalau masuk banyak daripada keluar, itu boleh bagi keuntungan.
Kepada semua penternak baru, aku ingin nasihatkan, fikir fikirkan strategi anda. Kena rancang segalanya dengan betul betul. Minta nasihat dan pandangan daripada penternak penternak lama. Terjah kandang mereka. Insha Allah usaha anda untuk menternak akan dipermudahkan.
Selamat menternak...
Antar anak anak kambing yang lahir setelah 3 bulan operasi. |

Sistem gembala boleh menjimatkan kos makanan |
Kepada semua penternak baru, aku ingin nasihatkan, fikir fikirkan strategi anda. Kena rancang segalanya dengan betul betul. Minta nasihat dan pandangan daripada penternak penternak lama. Terjah kandang mereka. Insha Allah usaha anda untuk menternak akan dipermudahkan.
Selamat menternak...
terbaik bro faisal..smoga trus beranak pinak kambing tu..hihi
ReplyDelete