Pada tanggal 06.12.2014, kandang aku digemparkan dengan kehadiran anak kambing baru. Kambing yang aku beli pada 26.11.2014 haritu dah beranak. Staff aku call lebih kurag jam 12.43 tengahari.
" Abang ada berita gembira. Si putih yang bunting tu dah beranak. Anaknya seekor. Aku biarkan aja si Putih itu jilat anaknya ya. "
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Rabbul Jalil kerana telah mengurniakan aku dengan seekor anak kambing betina. Aku masih lagi di Kuala Lumpur. Memang aku bercadang nak balik ke kampung sebab aku nak berjumpa dengan orang tua aku sebelum aku berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Juga nak hantar ubat mata untuk kambing aku yang diserang sakit mata yang agak teruk.
Pagi Ahad baru aku balik ke kampung, jumpa bapa aku dan aku terus ke kandang. Berdebar debar juga sebab first time aku nak tengok anak kambing yang aku sendiri bela. 28 tahun dulu aku pernah tunggu kambing abang sepupu aku beranak. Sampai aku kena marah dengan arwah Mak aku.
" Kenapa nak sibuk sibuk tengok kambing tu beranak. Pandai la dia nak beranak. Lain kali jangan memandai mandai nak tengok kambing tu beranak lagi. "
Cantik juga anak kambing aku ni. Berat 2.0 kg. Nampak kecik. Aku angkat rasa ringan. Tapi bila timbang tak percaya boleh dapat 2.0 kg. Aku timbang tiga kali, IKut macam sensei aku pesan masa belajo kat Universiti dulu. Baru kita boleh dapat berat yang tepat.Masa tu aku memang malas nak buat. Banyak mengelat.
Sekali pandang, bulu anak kambing aku ni macam ada darah boer. Mungkin ada kot. Sebab penjatan kat kandang Pak cik Din tu memang kacukan boer. Insha Allah, aku memang harap anak kambing ni boleh jadi induk untuk koloni kambing aku ni. Apa nama yang sesuai ye? Aku ingat nak namakan dia ni MIMI dan maknya MAMA. Aku nak ikut nasihat mentor aku untuk bubuhkan nama pada induk bior susunya lebih sikit. Sebab menurut sifu aku, kajian di Belanda mendapati lembu yang diberi nama menghasilkan susu yang lebih banyak. Peratusannya aku tak ingat. Boleh rujuk di Blog Alwi.
Pada pemerhatian aku anak dan ibunya sihat. Cuma aku tengok pernafasan maknya agak laju. Mungkin masih penat lagi kot. Betul ke otai otai sekalian? Aku risau gak sebab kalau aku tengok kambing kambing aku yang lain takde le bernafas laju sangat. Ibu kambing ni pun duduk je aku tengok. So aku suruh dia bangun bior anaknya dapat menetek. Penting untuk anaknya dapat susu yang banyak. Baru lebih sihat, baru cepat besar.
Kawan kawan aku pesan, seminggu pertama ni kena bagi perhatian kat ibu dan anaknya. Luka ibunya tu seelok eloknya disembur dengan iodin. Tali pusat anaknya pun elok disembur dengan iodin bagi mengelak bakteria yang boleh menyebabkan sakit sendi. Lepas tu tinja anak kambing ni macam paste, so kena bersihkan. Aku tengok maknya pandai jilat. So tak perlu nak menyibuk sangat. Bagus juga beli induk yang dah pernah beranak ni. Sekurang kurangnya kita tak perlu sangat nak beri perhatian. Kalau tak, jenuh nak check sepanjang waktu. Macam jaga bayi baru lahir le pulak.
Waktu petang, aku jumpa makcik aku. Aku ceita aku dapat anak kambing betina.
" Nak biak la tu. Orang selalu kata, kalau dapat anak betina, tandanya ternakan kita nak biak. Buat le elok elok. Aku doakan moga berjaya. Dapat gak aku menumpang esok "
Aku senyum je. Amin...mudah mudahan doa mak cik aku dikabulkan oleh Allah. Aku berharap dengan kelahiran anak kambing ni boleh menambahkan lagi pengalaman aku dan staff aku yang sama sama masih belajo dalam bidang pembiakan / ternakan kambing ini. Semoga usaha murni aku dan semua rakan pembiak yang lain dipermudahkan dan diberkati oleh Allah S.W.T.
Majulah ternakan kambing untuk negara.
Wassalam.
Tahniah atas kelahiran pertama bro!
ReplyDeleteTahniah bro!! Syoknye!!! (adiil)
ReplyDeletetahniah tuan
ReplyDeletetahniah boss..smoga beranak pinak lah kaum kambing tu..:-)
ReplyDeleteTerima kasih semua,
ReplyDeleteKhidmat nasihat kalian amat diperlukan..