Berasap..berasap..pedih...pedih..Itulah suasana kandang aku bila waktu senja. Lemas dan rimas dibuatnya. Itulah agaknya perasaan kambing kambing aku. Semuanya aku buat demi kesejahteraan dan keselesaan. Waktu senjalah nyamuk banyak keluar untuk mencari mangsa. Mujur nyamuk tiruk (perang). Kalau aedes, confirm kambing aku kena denggi, confirm jabatan kesihatan akan datang sembur asap kat kandang aku. Haru Yeop.
Kambing aku kena sakit mata. Ada yang dah agak kronik sampai matanya dah ada selaput putih. Pelik jugak sebab sebelum rombongan JPV datang semua ok jer. Adakah sebab stress? Boleh sakit mata ke kalau stress. Atau disebabkan oleh asap yang selalu staff aku buat tika waktu senja. untuk makluman, staff aku guna tandan sawit untuk perasap kandang aku. Asapnya boleh sampai pagi katanya. Agaknya kambing dah overdose dengan asap. Sampai mata pun jadi putih. Yang batuk pun ada. So aku dah minta dia stop perasap kandang. Nak tengok keadaan kambing aku jadi macam mana.
Kambing Yang diserang sakit mata. Aku dah sembur dengan Terramycin "Pinkey Eye"
|
Kambing yang terkena sakit mata tu aku telah sembur dengan Terramycin " Pinkey Eye ". Ada yang advise aku supaya basuh dengan air garam yang suam, kemudian baru sembur dengan " pinkey eye spray " tu. So aku ikutkan advise yang depa yang otai otai tu. Maklumlah aku baru belajo. Bagus juga ada kengkawan macam gini. Boleh tunjuk ajar, walaupun aku tak pernah jumpa secara bersemuka tapi depa sanggup share nasihat, share maklumat. Semuanya kerana kami melakukan perkara yang sama, membiak kambing cara gembala.
Aku harap kambing aku ni boleh cepat sembuh, baru senang nak pergi gembala. Macam mana nak tengok rumput / daun daun fresh kalau mata dah kelabu sebelah.
Aku ada juga pesan dengan staff aku supaya jangan biarkan kambing yang sakit mata ni bercampur dengan yang lain. Kuarantinkan sehingga matanya pulih. Takut berjangkit dengan yang lain pula. Kena la staff aku kerja lebih sikit. Kena bagi rumput pada yang kena kuarantin. Sabor je la. Insha Allah baik le tu nanti. Boleh pergi meragut dengan yang lain nanti.
Kepada pembiak kambing semua, teruskan usaha murni anda.
Boleh juga berikan terramycin eye ointment utk manusia..buleh beli kat farmasi RM4.50 sekotak.
ReplyDeleteHarap cepat sembuh. Jenuh melayan sakit mata ni.
Tuan ECH,
ReplyDeleteTadi dah beli kat GLOVET. Hujung minggu ni nak try sapu. Harap ada kesan positive.
selama ni memang perasap kandang?. bikin kelambu tuan :D
ReplyDeleteTuan Asan,
DeleteKelambu modai besar. high input dah tu...dah tak ikut specification kandang aku...heheh...low input, high output
salam...yup,,terramycin...jenama pfizer...dulu kena pah tu jarang-jarang dah perasap..hehe..malas nak bagi ubat lagi...biarkan nyamuk dengan habitatnya...hahah..selalu bagi sapu ubatnya...mata putih kembali asal dengan kuasanya....tapi mulai dengan basmalah...
Delete